Memaparkan catatan dengan label Alam Ghaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam Ghaib. Papar semua catatan

Hai Bidadari Oh Bidadari.....

Kalau post sebelum ini kebanyakkan post-post saya mengenai ancaman Allah di AKhirat sana nanti kepada insan yang ingkar dari ajaranNya, kali ini saya ingin membawakan kisah motivasi kepada insan-insan yang patuh kepada ajaran Allah swt.


Bidadari... Bidadari... Bulu Matanya Bagaikan Bulan Sabit

Begitulah digambarkan kecantikan bidadari janjian Allah di syurga nanti. Namun, sebenarnya kecantian sebenar bidadari tidaklah boleh tergambar oleh fikiran akal manusia. Segala umpamaan yang diberikan hanyalah umpamaan yang menunjukkan betapa cantik dan indahnya bidadari itu berbanding apa yang ada diatas duniawi ini.

Salah satu sifat bidadari ialah Iinun yang bererti lebar matanya dan sangat indah mempersona. Bulu matanya bagaikan sayap burung yang sedang terbang.

Ada riwayat (riwayat mana tak pula dinyatakan buku yang saya baca ni) menyebut bahawa bidadari adalah seorang  
Gadis yang mekar-mekarnya,  
benar-benar menawan,  
cantik keanggunannya,  
dengan kening bagaikan bulan baru muncul
mata bagaikan kijang atau sapi muda liar,  
bulu mata bagaikan sabit di bulan Sya'ban
pipi bagaikan buah delima merah,  
bibir bagaikan batu permata merah
gigi bagaikan jajaran mutiara di dalam karang
leher bagaikan kuih untuk sang raja,  
dada bagaikan sebuah air mancur, 
payudara bagaikan buah delima besar yang menyerupai seekor kelinci dengan kuping terangkat.

Pertama kali pabila melihat bidadari pasti orang akan kehilangan akal dan fikirannya, sehingga dia boleh terjatuh dan pengsan seraya berseru,
"Tak pernah dalam hidupku kusaksikan hari yang lebih mulia daripada hari ini!"


Siapa kata hidup 60 tahun je??

Dalam kehidupan dunia yang semakin lama semakin sibuk, semakin singkat dan semakin sedikit ini, pada dunia hari ini bukan sahaja golongan Kafir yang tergila-gilakan kesenangan dunia yang AMAT sementara ini. Bahkan golongan manusia yang mengaku Muslim juga terpedaya dengan perkara ini.

Dizaman era teknologi maklumat yg mana informasi boleh sampai kepada kita dalam sekelip mata, ramai golongan Muslim sendiri telah terpedaya dengan dakyah ilmu yg kononnya tanggapan ramai yang mana kita hanya hidup 60 tahun.

"Kita hanya hidup 60 tahun, oleh itu nikmatilah kehidupan ini sepuas-puasnya!!"
Tanggapan ini amatlah salah!!! Siapa yg kata kita hidup 60 tahun sahaja?? Hanya orang yang tiada pegangan yang tidak mengetahui kehidupan selepas kematian sahaja yang akan mengatakan sebegini (iaitu org yg tiada kepercayaan agama @ yg mana kepercayaan agamanya tiada maklumat mengenai kehidupan selepas kematian)

Perasankah kita bahwa 60 tahun itu amatlah singkat jika dibandingkan apa yg akan kita lalui selepas 60tahun ini???? Tak perasan?? Kenapa tak perasan?? Kerana kita sendiri hidup dikalangan Umat Manusia hari ini yg rata-ratanya langsung tak endahkan hal ini. Kita pun ikut sama mcm mereka. 

9 Jenis Anak Syaitan

Sesungguhnya Islam itu teramatlah lengkap. Tiap apa yang kita lakukan pasti ada sebab dan akibatnya yang berkait rapat dengan Islam. Apa sahaja yang tidak boleh dijawab oleh pancaindera kita pasti dapat dijelaskan oleh Islam melalui perutusan utamanya iaitu Al-Quran. Amat rugilah umat manusia yang tak mahu belajar mengenai Islam, hidup di dunia terumbang ambing bahkah di janjikan kesusahan pula di Akhirat sana. Nauzubillah, moga dijauhkan kita semua dari keadaan ini.

Salah satu kelengkapan hidup yang dijadikan Allah swt ialah kejadian Iblis dan Syaitan yang sentiasa ingin menghasut manusia ke arah kemungkaran dan lubang kemaksiatan. Kenapa ya dikatakan ini merupakan satu kelengkapan? 
 
Selama ini para cendikiawan, para pemimpin sibuk mencari penyelesaian mengenai hal ini dengan melakukan pelbagai perkara, namun penyelesaiannya tetap buntu. Dimana salah mereka? Salahnya mereka tidak kembali kepada Islam, tiadanya kepercayaan kepada risalah Alquran. Bukankah Quran sudah berkata, Syaitanlah yang menjadi penghasut manusia kepada kesesatan, Syaitan yang berada dari kalangan Jin dan juga Manusia (Dari Surah An-Nas). Diajarkan juga bagaimana mahu menghindari Syaitan iaitu dengan Quran dan juga Sunnah. Mudah bukan.

"Kerana Syaitan dan Iblislah yang menjadi pelengkap faktor-faktor penyebab berlakunya masalah gejala sosial pada hari ini, masalah jenayah pada hari ini, masalah ekonomi dunia pada hari ini dan sebagainya."

3 Golongan Paling Awal ke NERAKA


Salam sahabat handai yang sudi membaca blog yang serba kekurangan ini. Moga kita semua senantiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt. Semoga hidup kita senantiasa berlandaskan ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah swt sebagai pedoman hidup kita di atas dunia ini.

Sedang duduk melayari internet, saya terjumpa dengan satu artikel ini yang menarik perhatian saya.Ini adalah dari Hadis Rasulullah saw dimana kata Rasulullah kepada Abu Hurairah. Katanya. pada hari kiamat kelak, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka semua (yakni kita semua umat manusia). Setiap umat itu akan berlutut.

"Tiga golongan terawal yang akan dipanggil ALLAH S.W.T adalah "orang alim", orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T."

Orang Beriman Tak Akan Berlapar Di Hari Kebangkitan, Hidangan Juadah Dari Syurga.

 

Salam, sesungguhnya begitu indah orang yang menjalankan Syariah Allah dimuka bumi ini. Tapi malangnya semua kelebihan ini tak dapat kita semua lihat semasa di dunia ini, jadi akibatnya, ramai daripada kita yang lalai dan tak endahkan perkhabaran gembira ini dari ALLAH untuk orang-orang yang Soleh.

Rajah: Alangkah bagus kalau semua perempuan hari ini menutup aurat seperti yang disyariatkan Allah.

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk dan reput Di Hari Kiamat Kelak

Gaji bekerja tak cukup? Mari cuba parttime Online Business. Bimbingan akan diberikan hanya di RahsiaJutawan.tk

Pernah kita terdengar kadang-kadang ada kisah dimana penggali kubur pernah melihat mayat yang tidak reput di dalam kubur. Sesungguhnya ada riwayat yang menyatakan tentang perkara ini di Hari Kiamat kelak. Namun, kesahihan riwayat ini, setakat ini saya tak jumpa sumber yang meyakinkan. Namun, ambillah iktibar yang baik dari kisah ini.

Diriwayatkan apabila para makhluk diBANGKITkan dari KUBUR, mereka semua berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 TAHUN umur akhirat dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Lalu bertanyalah orang kepada Rasulullah saw, "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari KIAMAT?"


Pintu-Pintu Api Neraka

Ingin belayar memulakan Internet Bisnes, Bank Rakyat.net

Sambungan diriwayatkan dari Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, dan diberitahunya Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Pintu Rumah tidaklah seperti Pintu Neraka

Umat Dunia, Percayalah Yang Neraka Itu Benar!!!

Nak dapat topup Percuma? Tak perlu menjual atau menaja. DompetMoneyDotCom

Ni ha, ada saya terbaca artikel perihal keadaannya gambaran dahsyatnya neraka itu. Artikel ini di petik daripada Kitab Peringatan Bagi Yang Lalai. JAdi, pada pembaca dan rakan-rakan yang masih belum mengenali apa itu neraka, marilah baca serba sedikit. Mana yang bukan Muslim, yang nak juga tahu apakah yang dipercayai oleh Umat Muhammad ini, marilah baca kerna terdapat juga kenyataan tentang bukan Muslim di dalam riwayat ini.

 Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

 "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

 Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. 


  • Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,  andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 
  • Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. 
  • Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. 
  • Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana  sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Sungguh HEBAT dan BESARnya NERAKA Allah ini. Tebuka lubang jarun sahaja, habislah Universe kita ni. Maknanya, tak terbanding upaya kita sebagai manusia nak dibandingkan ciptaan Allah neraka ini. Kita cenonet je kat Bumi Allah ni, paling jauh ciptaan manusia pun adalah sampai ke Marikh sana. Namun, lagaknya mengalahkan Tuhan, besar kepalanya mengalahkan Tuhan. Masih sanggup buat mungkar, tak mahu memperjuangkan Agama Allah walaupun mampu membuatnya, Angkuhnya dia hari ini. Hari kemudian, nantilah azab api neraka ini. Ingatan ini untuk diri saya sendiri dan kalian semua. Wallahualam ~ANIP~\

Sumber gambar www.yousaytoo.com dan pibasmktm.blogspot.com

Bahagian-bahagian dalam NERAKA

Post pertama saya pada blog ini adalah mengenai bahagian-bahagian yang terdapat di dalam NERAKA. Sesungguhnya Neraka merupakan antara perkara-perkara ghaib yang wajib kita percaya. Jika nak diikutkan, bukan setakat agama ISLAM sahaja yang selalu berkata berkenaan dgn neraka, agama lain juga ada mengatakan tentang neraka seperti Kristian.



Penerangan pada post kali ini saya dapat pada satu artikel yang diambil dari Hadis Qudsi. Yang membuatkan say tertarik dgn artikel ini ialah dengan mengetahui bahagian neraka, ia dapat mendatangkan rasa gerun dan betapa teruknya keadaan di dalam NERAKA ini. Walaupun NERAKA itu besar, tapi ramai lagi penghuninya dari luasnya NERAKA itu. Berikut merupakan bahagiannya:


  • Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Kita mungkin boleh membayangkan semua ini mengikut bayangan kita. Kita boleh bayangkan, kampung spt kampung kita, bilik spt bilik kita, ular spt ular yang ada di dunia ini, namun bayangan sebenar semua ini hanya ALLAH yang tahu. Even kita tak tahu bayangan sebenar pun, bayangan yang dpt kita bayangkan pun sudah cukup gerun. Cubalaa bayangkan panjang mulut ular sahaja 70 hasta, 1 hasta tu dari siku ke hujung jari tangan org dewasa, dalam setengah meter. 70 hasta bermakna 35 meter. Kalau dah mulut je 35 meter, ada kemungkinan panjang ularnya boleh jadi 3500 meter = 3.5km.. (bandingan dgn ular sawa mulut bersaiz 10cm panjangnya 10 meter). Tp ingat, ini bayangan kita je, yang sebenar mungkin lebih besar dari ini.


So, kawan-kawan yg suka berclubbing, berfoya-foya Karok, Wayang, membazir masa melepak di shopping complex.. Yang tak menutup aurat dgn elok, yang tak brape kesah tang solat.. Yang tak penah membace quran dah.. Sanggup kene ngap dengan ULAR ini?? Kalau sanggup, takpe teruskanlah dengan rutin anda.. Kalo rase gerun, tak lambat lagi utk berubah.. Wallahualam.. ~ Anip ~

Sumber gambar : ILUVISLAM.com, rohayarazali.blogspot.com


Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net