Salam, sesungguhnya begitu indah orang yang menjalankan Syariah Allah dimuka bumi ini. Tapi malangnya semua kelebihan ini tak dapat kita semua lihat semasa di dunia ini, jadi akibatnya, ramai daripada kita yang lalai dan tak endahkan perkhabaran gembira ini dari ALLAH untuk orang-orang yang Soleh.
Rajah: Alangkah bagus kalau semua perempuan hari ini menutup aurat seperti yang disyariatkan Allah.
Kalaulah orang perempuan sedar yang tiap rambutnya yang didedahkan bakal menjadi ular-ular yang amat berbisa di Akhirat sana, pasti mereka gerun untuk menunjukkan rambut. Kalaulah pemakan harta haram dan anak yatim tahu yang Akhirat kelak mereka akan diberi makan lava nanah yang amat panas sehingga terburai isi perut mereka, tentu mereka menjadi seorang yg amanah. Namun, inilah manusia, setakat perkhabaran tak cukup. Mereka mahukan bukti. Dan bukti ini tak akan wujud melainkan hanya dengan kehendak Allah shj. Hanya orang-orang yang beriman sahajalah yang mendapat kelebihan dari Allah di sana nanti.
Salah satu kisah yang boleh menaikkan lagi semangat kita untuk meneruskan perjuangan Islam ini ialah perkhabaran gembira oleh Allah kepada Ahli Syurga seperti di bawah. Sesungguhnya betapa pemurahnya Allah, nikmat syurga itu telah mereka dapat sejak dari Alam Kubur lagi. Bacalah kisah ini.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra.
Sabda Rasulullah saw,
Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan,
"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku yang berpuasa (Ahli Puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud.
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Jadi kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa menegakkan Kalimah Allah dimuka bumi ini tanpa mengira apa pun yang berlaku agar kita tergolong dalam golongan yang seperti di atas. Sesungguhnya janji Allah itu benar, jadi percayalah wahai kawan-kawanku. Usahlah kita terbawakan dengan arus dunia yang perdana yang dianggap sudah kebiasaan orang hari ini, kerna arus itulah yang membinasakan kita kelak. Hindarlah perkara ini:
Rajah: Jika pemandangan seperti inipun telah dapat menenangkan
jiwa kita apatah lagi keadaan Syurga yang langsung tidak dapat
dibayangkan oleh pancaindera kita keindahannya.
- Menganggap solat dirumah pun tak apa. Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda, jika seseorang itu mendengar azan sedangkan dia bersolat di rumah. Maka tiada solat baginya.
- Sebagai umat Islam, cukup sekadar solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan membayar Zakat. Sesungguhnya, amalanlah sahaja yg kamu bawa untuk ke Akhirat, cukupkah dengan melakukan ini sahaja.
- Kebiasaan orang hari ini sudah tidak baca Quran langsung. Sesungguhnya rumah yg tiada bacaan ayat Quran adalah rumah yang dihuni oleh Syaitan.
- Kebiasaan orang hari ini memakai t-shirt ketat lengan panjang, seluar jeans dan tudung. Ini biasa bagi umat Islam. Alangkah baiknya kalau pakai tudung labuh dan baju yang longgar.
- Kebiasaan orang hari ini saban hari balik kerja rengok TV, Movie, Kartoon. Sesungguhnya TV lah yang menjadi perosak minda umat Islam sejak dulu lagi. Pertamanya, kita akan lalai/malas utk ke masjid bila waktu solat masuk betul-betul tgh climax movie. Keduanya, banyak betul rancangan yg mencolok mata dengan perempuan yang seksi-seksi. Bukankah ini semua berdosa?
- Kebiasaan orang hari ini tak kisah kerja jenis apa yang mereka lakukan, asalkan gaji lumayan. Sebagai umat Islam, kita perlu peka, jangan sumber pendapatan kita ada unsur-unsur haram dan kita meyumbang kepada pembangunan kemaksiatan. Contoh terbaik, bekerja dengan syarikat TV yang banyak menayangkan hiburan. Adakah halal gaji kita jika kerja kita ini mengumbangkan kepada masalah sosial dalam masyarakat?? Lainlah kita masuk syarikat itu dgn niat nak mengubah keadaannya, bukan gaji semata-mata.
Dan banyak lagi perkara yang kita buat hari ini yang menjauhkan diri kita kepada Allah. Jadi wahai sahabat, ingatlah Allah walau dalam apa jua yang kita lakukan... ~Haniff Izhar~
Sumber Gambar: http://akhsa.files.wordpress.com, http://ekomahendra.blog.com
0 comments:
Catat Ulasan