Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Sifat Ikhlas Menjamin Kegemilangan Islam

Keranda Mayat Hitam minggu ini ingin mengupas sedikit isu yang dibicara ketika Kutbah Jumaat bertarikh 3 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 13 Ogos 2010M bertempat di Masjid Bandar Baru Ampang. Kutbah kali ini berkisarkan dengan betapa ramainya umat Islam tetapi betapa rendahnya martabat Islam ketika ini.



Ketika ini, jumlah umat Islam di seluruh dunia berbilion-bilion bilangannya. 

"Ini dapat dibuktikan dengan masjid yang terdapat di Malaysia sahaja sedah menjangkau 10000 buah masjid. Manakala surau yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak 20000 buah surau."

Kemanakah perginya Imam Muda?

Alhamdulillah, hari ini dah 3 Syaaban bermakna kurang dari sebulan lagi kita akan sampai kepada Bulan Ramadhan, bulan untuk Umat Islam. Kalau pergi kat pasaraya-pasaraya besar seperti Carrefour dan Tesco, akan sudah ternampaklah baju-baju persiapan untuk raya telah dipamerkan. Tak kurang juga tukang jahit dan tukang buat kuih raya semakin sibuk menerima tempahan dari pelanggan.

Namun, adakah yang masih kisah akan kedatangan Ramadhan yang kurang dari sebulan sahaja lagi. Adakah kita sudah membuat persediaan rapi untuk menyambut kedatangan bulan yang amat mulia ini? Al kisahnya, saya ingin menyentuh sedikit tentang golongan muda hari ini. Magrib tadi, sengaja saya stay up kat surau kat Taman Sri Watan ini hingga ke Isyak, bukan apa almaklumlah rumah teres, kecil, bilik pun berkongsi dua orang, adalah lebih tenang saya berehat kat surau sambil-sambil baca Quran. 

Dalam saya baca Quran tu, terdengarlah imam surau Tuan Haji Mustapha yang ketika itu sedang berborak bersama dua lagi jemaah surau mengenai pelapis imam surau. Katanya pelapis kat taman ni dah susah nak dapat. 

"Mana perginya orang yang berilmu beragama, yang berilmu pengetahuan? IPTA dan IPTS kat Malaysia ni berlambak-lambak, graduan yang keluar dari universiti pun bertaburan. Apakah tiada seorang pun yang boleh menjadi sekadar pemimpin untuk penduduk setempat?"

 Mungkinkah ada pewaris pemimpin masyarakat yang berwibawa di masa hadapan?

Kisah 30 Tahun Dulu: Sebab Gadis Terlanjur

Alhamdulillah, semalam dah lepas dah hari Jumaat, penghulu sekalian hari. Hari ini, hari Sabtu 10 Julai 2010 bersamaan dengan 27 Rejab. Dimana hari ini dalam sejarah, hari Nabi Muhammad SAW telah naik ke langit untuk menerima Syariat Solat yang amat penting ini yang mana dinamakan Israk Mikraj ini.

 Rajah: Salah siapa bila anak gadis kita tidak pandai menjaga maruah diri?

Adakah ANDA seorang yang GANJIL/ANEH??

Beli topup dapat Free kredit. Dompet Money Dot Com

Semalam, aku tertarik nak kongsi dengan korang semua halnya tentang Kuthbah Jumaat yang aku dengan kat Masjid Bandar Baru Ampang ni. Tajuk Kuthbah aku tak berapa pasti sangat, namun aku nak kongsi satu hadith yang dinyatakan didalam kuthbah berkenaan.
  
Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda:

بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا فطوبى للغرباء
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing, Dan ia akan kembali sepertimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang – orang yang ganjil.” (Hadis Riwayat Muslim, no 145)

Ikut kata khatib yang membaca kuthbah semalam, katanya ISLAM ni datangnya dalam keadaan yang asing lagi aneh dan akan dikembalikan kepada ALLAH juga dalam keadaan ASING dan ANEH. Persoalannya, Apa yang dimaksudkan dengan Asing & Aneh?

  • Pada mula kedatangan ISLAM, ajaran yang disampaikan Islam amat berbeza dengan budaya Jahiliah Manusia dizaman berkenaan. Lalu mereka menganggap Islam amat Asing dan Aneh. Sehingga ada yang melemparkan bahawa Rasulullah sebagai Ahli Sihir kerna mengadakan sesuatu yang tiada. Bagi mereka:
    • Walaupun Hamba kpd Manusia amatlah menghina taraf manusia, namun itulah yang terbaik buat mereka.
    • Walaupun Arak amatlah merosakkan fikiran manusia, namun itulah yang memberi ketenangan bagi mereka
    • Walaupun Zina ternyata terlalu hina seperti kebinatangan, namun itulah yang diwarisi dari nenk moyang mereka yang perlu dikekalkan.
  • Dan terbukti, pada akhir zaman ini, Islam juga diAnggap aneh oleh Budaya Masyarakat Dunia di mana:
    • Perkara yang diHaramkan Allah dianggap Halal oleh akal Manusia
    • Orang yang memilih dalam pemakanan yang Halal dianggap Kolot
    • Orang yang tidak pernah merasai seks setelah umur meningkat Remaja atau Dewasa dianggap Kuno dan Out of Date
    • Orang yang berpakaian menutup aurat dianggap Pelik lagi Asing
    • Orang yang memberhentikan kerja kerna untuk pergi bersolat dianggap Membuang dan Melengahkan masa.
    • Dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan oleh Orang-orang Beriman dianggap terlampau Asing bagi Budaya hari ini.
Aku nak tanya kepada korang, rakan-rakan sekalian. Pernakah Kalian:
  • Pernahkah Kalian tidak sama-sama join kawan-kawan yang lain utk berkaraoke hingga ke waktu Malam hanya kerna kalian ingin ke Masjid utk menunaikan solat Magrib dan Isyak berjemaah dan dicemuh oleh rakan-rakan kalian menyatakan kalian tak Rock dan Anak Mak??
  • Pernahkan Kalian memakai pakaian yang berbudayakan agama Islam seperti Berkopiah dan Bertudung labuh dan dikomen oleh Boss tempat kerja anda sebagai bukan Pakaian Kebiasaan dan Amatlah Asing?
  • Pernahkah anda ingin berlaku jujur yang berniaga dengan tidak menerima apa-apa hadiah atau bayaran sogokan hanya kerna utk mendapat Keredhaan Allah SWT dan dikatakan menolak rezki oleh orang berkenaan??
  • Pernahkah anda digoda oleh rakan sekerja atau sekuliah wanita anda yang cantik utk keluar tengok wayang bersama dan anda tolak hanya kerna teringat akan mudahnya Zina berlaku bila berduaan dan dianggap seorang yang Jual Mahal oleh wanita berkenaan???
  • Pernahkah anda dipandang sinis bila anda mengenakan Kopiah dan Jubah bila berurusan ditempat rasmi seperti Bank, Post Office dan sebagainya???
Jika jawapan anda Ya utk soalan-soalan diatas. Maka ingatlah bahawa Kalian semua berada dikalangan Orang-Orang yang beruntung. So, sama-sama lah kita Istiqamah(kekal) menjadi seorang yang 'Asing' bagi masyarakat dunia hari ini kerna kelak akan dijanjikan Syurga oleh Allah. Allah ada bersabda lagi:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Al – Maidah [5] : 49)

Sesungguhnya Allah telah beritahu sejak dulu lagik bahawa Umat Manusia ni memang kebanyakannya orang-orang yang Fasik. So, jika kawan-kawan fikir dengan kawan-kawan mengikuti aliran arus perdana Dunia beerti kawan-kawan berada dilandasan yang betul. Kawan-kawan silap. Sebenarnya arus perdana dunialah itulah dikalangan orang-orang yang fasik yang cintakan dunia. Jadilah seorang yang asing lagi pelik tak kiralah dimana kalian berada.
  • Jadilah Usahawan dan sentiasa menolong orang yang susah (bukannya mengutamakan keuntungan)
  • Jadilah Engineer yang Muslim yang bekerja di syarikat yang membawa pembangunan kepada Umat Islam
  • Jadilah Guru yang mengajar murid-murid bukan sahaja Ilmu dunia bahkan Ilmu Akhirat
  • Jadilah Kerani yang sentisa menuruti arahan Majikan selagi tak bertentangan dengan ajaran Islam
  • Jadilah Pekerja Biasa ditempat bekerja anda selagi perkara yang dilakukanberlandaskan ajaran Islam.

So, Pendek kata.. Jadilah Seorang yang ASING lagi PELIK... Wallahualam ~ANIP~

Rujukan Hadith dan Ayat Quran: http://sharaf-sora.blogspot.com

Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net