Zinnirah ~ Muslimat Sejati

Terasa syahdu dengarnya bila ketika keseorangan di dinihari, terdengar dari corong speaker laptop sebuah nasyid dendangan kumpulan UNIC mengenai seorang muslimah sejati dalam sejarah awal penyebaran Islam iaitu Zinniroh. Berikut merupakan bait-bait lirik nasyid tersebut:


Hadirmu bersama kuntum senyuman 
Walau dirimu hamba tawanan 
Kau jadi impian firdausi 
Kau jadi pingitan hiasan duniawi 
Walau tak pernah melihatmu 
Zinnirah

Matamu jadi taruhan 
Gantian lara nilaian iman 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan derita ini 
Terlindung sudah indahnya maya 
Mata hatimu tetap menyala 

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

Bersempena dengan kedatangan Muharram 1433 ini, ingin saya kongsikan sedikit maklumat. Moga-moga kita semua mendapat manfaat darinya. Artikel ini dicopy bulan-bulan dari sumber asal. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh sebab doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

"Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa."

Hukum Menziarahi Kubur dan Adab-Adabnya

Sejak akhir-akhir ini ramai pula saya terdengar insan-insan yang meninggal dunia tak kiralah dikalangan sahabat ke, kaum keluarganya ke, atau kenalan jauh. Namun, ini membuatkan saya muhasabah diri seketika dan  mengingatkan saya bahawa betapa sementaranya kita hidup didunia ini. Thah esok thah lusa, kita pula akan menyusul.

Hal ini membuatkan saya teringatkan kepada perkara seperti menziarahi kawasan perkuburan.

Apakah sebenarnya hukum menziarahi kubur? 
Adakah dibolehkan kita untuk menziarahi kubur?

Budaya Menziarahi Kubur

Dalam masyarakat Melayu Malaysia ini, menziarahi kubur ni dah menjadi kebiasaan terutamanya pada waktu perayaan Aidilfitri dan Aidiladha disamping sepanjang bulan Ramadhan. Perbuatan menziarahi kubur adalah tidak dilarang namun apa yang ditakuti adalah niat kenapa kita menziarahi kubur samada kubur saudara mara atau kubur orang lain.

Antara tujuan mengapa menziarahi kubur adalah disunatkan ialah kerana:
  • Supaya dikasihi oleh Allah swt,dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Saw 
  • Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari tanah dan kembali semula kepada tanah
  • Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka.
  • Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran.
  • Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid. 
  • Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia 
  • Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Hai Bidadari Oh Bidadari.....

Kalau post sebelum ini kebanyakkan post-post saya mengenai ancaman Allah di AKhirat sana nanti kepada insan yang ingkar dari ajaranNya, kali ini saya ingin membawakan kisah motivasi kepada insan-insan yang patuh kepada ajaran Allah swt.


Bidadari... Bidadari... Bulu Matanya Bagaikan Bulan Sabit

Begitulah digambarkan kecantikan bidadari janjian Allah di syurga nanti. Namun, sebenarnya kecantian sebenar bidadari tidaklah boleh tergambar oleh fikiran akal manusia. Segala umpamaan yang diberikan hanyalah umpamaan yang menunjukkan betapa cantik dan indahnya bidadari itu berbanding apa yang ada diatas duniawi ini.

Salah satu sifat bidadari ialah Iinun yang bererti lebar matanya dan sangat indah mempersona. Bulu matanya bagaikan sayap burung yang sedang terbang.

Ada riwayat (riwayat mana tak pula dinyatakan buku yang saya baca ni) menyebut bahawa bidadari adalah seorang  
Gadis yang mekar-mekarnya,  
benar-benar menawan,  
cantik keanggunannya,  
dengan kening bagaikan bulan baru muncul
mata bagaikan kijang atau sapi muda liar,  
bulu mata bagaikan sabit di bulan Sya'ban
pipi bagaikan buah delima merah,  
bibir bagaikan batu permata merah
gigi bagaikan jajaran mutiara di dalam karang
leher bagaikan kuih untuk sang raja,  
dada bagaikan sebuah air mancur, 
payudara bagaikan buah delima besar yang menyerupai seekor kelinci dengan kuping terangkat.

Pertama kali pabila melihat bidadari pasti orang akan kehilangan akal dan fikirannya, sehingga dia boleh terjatuh dan pengsan seraya berseru,
"Tak pernah dalam hidupku kusaksikan hari yang lebih mulia daripada hari ini!"


Muhammah Al-Mustafa ~ Nabi Anak Yatim Yang Mulia

Tidak dapat digambarkan apa yang akan aku lakukan seandainya dapat bersua dengan Junjungan Besar Muhammad Saw. Ape ye agaknya akan kita lakukan jika diberi peluang berhadapan dengannya? Pasti akan terkelu. Selama ini, kita hanya mendengar kisahnya melalui tinta sirah nabawiah. Perwatakannya, Keistimewaannya, yang memang hanya satu didunia ini.


Namun, akan ku sentiasa mengingatinya satiap detik, berselawatku kepadanya, akan kucuba limpahkan kasih sayangku padanya melebihi sayangku pada kekasih duniawi (orang hari ini kononnya kasih sayang yang paling kuat pada kekasih hati), supaya suatu hari nanti dapatku bertemu dan bertandang dihadapannya serta bernaung dibawah naungan syafaatnya.

Bersempena dengan sambutan keputeraan Muhammah Saw pada 12 Rabiulawal ini, bersamaan dengan 10 April Tahun Gajah ataupun 571 tahun masihi. Kiranya tahun lahir Nabi Muhammad ringkasannya gini laa, 12.3.571(Rabiulawal bukan ke-3 calendar Islam) ataupun 10.4.571 (Calendar Yunani). Kiranya Nabi Muhammad telah lahir sekitar 1440 tahun yang lalu. Jadi saya kongsikan sedikit Sirah kelahiran Nabi Muhammad. Kot-kot ada non muslim ke mana yang tak tahu lagi ke, boleh la baca.

Mekah yang Kering Kontang

Seperti yang saya janjikan, maka inilah permulaan penceritaan saya mengenai Sirah Nabawiah terutamanya Kisah-Kisah di Zaman Nabi Muhammad Saw. Kisah-kisah ini saya ambil dari rujukan buku-buku dan telekan di internet di sumber yang boleh dipercayai. Kawan-kawan Muslim & Non Muslim bolehlah ikuti kisah ini, moga-moga kita akan lebih mengenai Pemimpin kita yang Agong ini. Lebih agong dari Perdana Menteri Malaysia, lebih agong dari Yang Dipertuan Agong, lebih agong dari Siti Nurhaliza, lebih agong dari Mawi. Namun, amat sedikit pemahaman kita tentang Insan Agong ini berbanding nama-nama yg saya sebutkan tadi.

MEKAH!!! hari ini umat Islam seluruh dunia pasti mengenali Mekah, Kota Suci bagi umat Islam. Kalau Islam pada nama shj sekalipun sahaja, pasti kenali Mekah kerana Mekah bukan shj terkenal sbg tempat ibadah, namun pembangunan yang pesat hari ini menjadikan Mekah salah satu destinasi pelancongan mahupun dunia perniagaan hari ini.

"Namun, apekah asalnya Mekah ini suatu ketika dulu?"

Namun, apekah asalnya Mekah ini suatu ketika dulu? Kalau banyak bandar-bandar lain diseluruh dunia terbentuk kerana terletak di muara sungai, di pertembungan sungai, dipersisiran laut yang mana terdapatnya sumber air. Namun, tidak bagi Mekah!! Mekah tiada sumber air. Al~KISAHNYA............

Gambaran Mekah suatu ketika dulu
Mekah diera Moden
Suatu ketika dulu, Tuhan memerintahnya insan bernama Ibrahim membawa isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail ke tanah bernama Mekah. Mekah pada waktu itu kering kontang. Lalu bertanyalah Siti Hajar kepada Ibrahim mengapa ditinggalkanya disitu? Ibrahim tidak menjawab. Siti Hajar mengekori Ibrahim seraya berkata,"Adakah ini perintah Allah?"
"Benar", jawab Ibrahim
Lantas mendengar jawapan ini, Siti Hajar berkata, " Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita, Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu,"

"Akhirnya, Allah menurunkan Jibrail (malaikat) dengan menggunakan sayapnya menyingkap telaga zam-zam yg mana punca airnya terterbit ditempat si anak menghentak-hentakkan kakinya"
 
Namun, sampai ketikanya menangislah si anak kerana kehausan sedangkan Siti hajar sudah kekeringan susu. Maka berlari-larilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dengan mengharapkan bantuan Allah. Tengoklah, sekalipun Siti Hajar yakin pada pertolongan Allah, namun tak sekali-kali Siti Hajar duduk diam saje. Dia berusaha juga sambil memohon bantuan Allah. Akhirnya, Allah menurunkan Jibrail (malaikat) dengan menggunakan sayapnya menyingkap telaga zam-zam yg mana punca airnya terterbit ditempat si anak menghentak-hentakkan kakinya.  

 Projek pembesaran Masjidilharam yang giat berlangsung pada hari ini
 Menara Burj Al Bait, bangunan kedua tertinggi didunia terletak bersebelahan dengan Kaabah
Gambaran Masjidil Haram setelah siap projek pembesaran nanti, kapasiti dah siap nanti 7 juta jemaah.. (Dah macam coleseum rome dah saye tengok)

Inilah telaga yang masih wujud lagi sehingga hari ini dan masih mengeluarkan airnya tanpa surutnya air itu. Pernah suatu ketika dulu telaga ini tertimbus di era pemerintahan Rome, namun berjaya dijumpai balik selepas itu, kisah ini akan saya ceritakan di lain posting. 

 Inilah design2 futuristik yang saya katakan tu.

Haa, inilah asalnya pembentukan Mekah. Allah jadikan ianya dari sebuah kawasan yang kering kontang kepada Mekah yang kita lihat begitu gah pada hari ini. Sehinggakan ada design-design futuristik untuk pembesaran Masjidil Haram pada masa hadapan. Begini besarnya kuasa Allah yang Maha Pencipta lagi Maha Kaya~Haniff Izhar.

~Rukum Islam 5 perkara~

Salam sidang pembaca Keranda Mayat Hitam sekalian.

Seperti yang saya janjikan, Keranda Mayat  Hitam akan menyediakan madah yang informatif lagi dapat menambah pengetahuan kita semua yang akan saya sampaikan dengan cara lebih santai dan bersesuaian dengan keadaan kehidupan kita di Malaysia.

 RUKUN ISLAM, tentu kita biasa dengar sejak dari zaman persekolahan lagi. Namun, adakah kita mengambil endah? Tahukah kita Rukun Islam merupakan salah satu perkara dalam Fardhu Ain? Persoalannya pula apakah Fardhu Ain itu?

Yaa, sesetengah orang memang terlalu dekat dengan perkara-perkara sebegini, tetapi hakikatnya ramai lagi umat Islam dan Kafir di luar sana masih tidak mengetahui apakah geranganya semua perkara ini. 

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu