Pintu-Pintu Api Neraka

Ingin belayar memulakan Internet Bisnes, Bank Rakyat.net

Sambungan diriwayatkan dari Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, dan diberitahunya Jibrail kepada Nabi Muhammad SAW.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.

Pintu Rumah tidaklah seperti Pintu Neraka


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawab Jibrail: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:
  • Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
  • Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, 
  • Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. 
  • Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, 
  • Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. 
  • Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.

Lalu Rasulullah s.a.w bertanya:  "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawab Jibrail: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu(Muhammad) yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Sedangkan Rasulullah begitu risau dan menangis teresak-esak menyenangkan nasib ummatnya yang akan datang yakni KITA semua yang masuk neraka kerana tak sempat bertaubat.  Kita dihari ini sedikitpun tidak berasa risau akan kurangnya AMAL dan IBADAH kita kepada ALLAH. Bahkan, sanggup kita kotori jiwa dan minda kita dengan perkara yang melalaikan seperti 
  • Menonton siaran langsung bola sepak piala dunia sehingga tertinggalnya SOLAT SUBUH
  • Mengikut ajakan kawan-kawan utk outing di malam hari sehingga tertinggalnya SOLAT MAGHRIB dan ISYAK
  • Berpegangan tangan dengan kekasih kita sehingga akhirnya membawa kepada ZINA
  • Mencari duit tambahan Facebook4cash atau apa-apa sumber kewangan lain sehingga terlupa HALAL HARAMNYA cara mendapatkan sumber berkenaan (Belum lagi lupa utk membayar zakatnya)
  • Berlebih-lebihan dalam berbelanja (seperti majlis perkahwinan dan pertunangan), padahal duit yang banyak itu ada baiknya diSEDEKAHkan ke Fakir Miskin.
  • Taksub dengan Abad Budaya sehingga meninggalkan Hukum Agama kerana mengutamakan ADAB RESAM
  • Serta banyak lagi perkara yang kita buat hari ini yang lebih kepada kepentingan DUNIAWI berbanding kepentingan UKHRAWI.
Oleh ~Haniff Izhar~ 

Image dari: http://www.mccabelumber.com

0 comments:

Catat Ulasan