Sejak akhir-akhir ini ramai pula saya terdengar insan-insan yang meninggal dunia tak kiralah dikalangan sahabat ke, kaum keluarganya ke, atau kenalan jauh. Namun, ini membuatkan saya muhasabah diri seketika dan mengingatkan saya bahawa betapa sementaranya kita hidup didunia ini. Thah esok thah lusa, kita pula akan menyusul.
Hal ini membuatkan saya teringatkan kepada perkara seperti menziarahi kawasan perkuburan.
Apakah sebenarnya hukum menziarahi kubur?
Adakah dibolehkan kita untuk menziarahi kubur?
Budaya Menziarahi Kubur
Dalam masyarakat Melayu Malaysia ini, menziarahi kubur ni dah menjadi kebiasaan terutamanya pada waktu perayaan Aidilfitri dan Aidiladha disamping sepanjang bulan Ramadhan. Perbuatan menziarahi kubur adalah tidak dilarang namun apa yang ditakuti adalah niat kenapa kita menziarahi kubur samada kubur saudara mara atau kubur orang lain.
Antara tujuan mengapa menziarahi kubur adalah disunatkan ialah kerana:
- Supaya dikasihi oleh Allah swt,dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Saw
- Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari tanah dan kembali semula kepada tanah
- Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka.
- Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran.
- Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid.
- Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia
- Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.


