Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

Bersempena dengan kedatangan Muharram 1433 ini, ingin saya kongsikan sedikit maklumat. Moga-moga kita semua mendapat manfaat darinya. Artikel ini dicopy bulan-bulan dari sumber asal. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh sebab doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

"Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa."

Hai Bidadari Oh Bidadari.....

Kalau post sebelum ini kebanyakkan post-post saya mengenai ancaman Allah di AKhirat sana nanti kepada insan yang ingkar dari ajaranNya, kali ini saya ingin membawakan kisah motivasi kepada insan-insan yang patuh kepada ajaran Allah swt.


Bidadari... Bidadari... Bulu Matanya Bagaikan Bulan Sabit

Begitulah digambarkan kecantikan bidadari janjian Allah di syurga nanti. Namun, sebenarnya kecantian sebenar bidadari tidaklah boleh tergambar oleh fikiran akal manusia. Segala umpamaan yang diberikan hanyalah umpamaan yang menunjukkan betapa cantik dan indahnya bidadari itu berbanding apa yang ada diatas duniawi ini.

Salah satu sifat bidadari ialah Iinun yang bererti lebar matanya dan sangat indah mempersona. Bulu matanya bagaikan sayap burung yang sedang terbang.

Ada riwayat (riwayat mana tak pula dinyatakan buku yang saya baca ni) menyebut bahawa bidadari adalah seorang  
Gadis yang mekar-mekarnya,  
benar-benar menawan,  
cantik keanggunannya,  
dengan kening bagaikan bulan baru muncul
mata bagaikan kijang atau sapi muda liar,  
bulu mata bagaikan sabit di bulan Sya'ban
pipi bagaikan buah delima merah,  
bibir bagaikan batu permata merah
gigi bagaikan jajaran mutiara di dalam karang
leher bagaikan kuih untuk sang raja,  
dada bagaikan sebuah air mancur, 
payudara bagaikan buah delima besar yang menyerupai seekor kelinci dengan kuping terangkat.

Pertama kali pabila melihat bidadari pasti orang akan kehilangan akal dan fikirannya, sehingga dia boleh terjatuh dan pengsan seraya berseru,
"Tak pernah dalam hidupku kusaksikan hari yang lebih mulia daripada hari ini!"


Adab dan Etika Menyambut Eidul Fitri

Hari ini, 17 September 2010 bersamaan dengan 8 Syawal 1431H bermakna sudah 8 hari kita berada di dalam bulan Syawal. Walaupun agak lambat untuk Keranda Mayat Hitam mengutarakan hal ini, namun di harapkan apa yang ingin dikongsikan pada kali ini dapatlah kita amalkan di masa hadapan.

Sebenarnya apa yang ingin saya utarakan ini saya ambil dari artikel dari laman Masjid Negara di http://www.masjidnegara.gov.my/. Setiap kali kedatangan Syawal, kita dapat lihat ramai insan yang bersuka-ria dan bergembira menyambut kedatangan antara hari-hari perayaan bagi umat Islam ini. Setiap umat manusia ada cara menyambut perayaannya, dan bagi kita umat Islam inilah perayaan kita seperti yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
  ( Hadis Riwayat al-Nasaai)

Namun, adakah kita sedar cara kita menyambut kedatangan Syawal ini bertetapan dengan Syariat Islam ataupun tidak. Bagi kita budaya di Malaysia, kita biasa menyambut Syawal dengan cara ziarah menziarahi antara sanak dan saudara. Selain itu, memakai pakaian yang serba baru lagi cantik-cantik merupakan tradisi kita di sini. Namun adalah elok andai kita dapat mengikuti cara menyambut Hari Raya seperti yang disyariatkan oleh Islam seperti:

Ramadhan Bulan Keampunan..

 Hadith yang Saya ingin kongsikan bersempena dengan Bulan Ramadhan ini ialah:

Rasulullah saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menaiki anak tangga (tingkat) pertama, beliau mengucapkan, "Amin". Begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Selesai sahaja solat, para sahabat bertanya, "Mengapa Rasulullah mengucapkan "Amin"? Beliau lalu menjawab, "Malaikat Jibril datang dan berkata, 
  •  "Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap selawat atasmu" lalu aku berucap "Amin"
  • Kemudian malaikat berkata lagi, "Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sempat masuk syurga." Lalu aku mengucapkan "Amin". 
  • Kemudian katanya lagi, "Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampun dosa-dosanya." Lalu aku mengucapkan "Amin"
(HR. Ahmad)
Lihatlah betapa besarnya Rahmat dibulan Ramadhan ini sehingga jika kita pandai memanfaatkannya, seluruh dosa-dosa kita yang lampau akan di ampunkan Allah. Jadi, ambillah manfaat di bulan yang Mulia ini sehabis-habisnya. Pertingkatkan amalan. Mungkin tahun ini tahun yang terkahir untuk kita bertemu Ramadhan, jadi mintalah keampunan agar seluruh dosa kita di ampunkan.. Amin. ~ Haniff Izhar~

Kedatangan Ramadhan Yang Amat Dinantikan

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang amat mulia ini. Keranda Mayat Hitam ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai Fadhilat Ramadhan. Sesungguhnya, perspektif antara kita mengenai Ramadhan ini berbeza-beza mengikut pengalaman masing-masing.

Ramadhan hanyalah Bulan PUASA
Ada yang hanya berpendapat kedatangan Ramadhan tidaklah bererti apa-apa makna, hanyalah menjalani ibadah puasa yang telah sekian lama kita amalkan sejak dari kita dilahirkan. Untuk golongan seperti ini, mereka tidak akan sedar akan kedatangan Ramadhan ini, dan mereka juga tidak akan sedar akan berlalunya Ramadhan ini. Dengan itu, akan tersia-sialah untuk mereka pada Ramadhan ini. Dalam hati mereka sikit pun tidak berasa berbesar hati dengan datangnya Ramadhan ini. Pada mereka, Ramadhan hanyalah sama seperti bulan-bulan lainnya cuma kita berpuasa di siang hari. Ibadah lain seperti solat fardhu tetaplah sama seperti sebelumnya yang mana kadang-kala tidak dilaksanakan.

Hadith ~ Agama itu Nasihat

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda:

"Agama itu adalah nasihat. 'Kami sekalian bertanya: Untuk siapa?' Maka jawab Rasulullah SAW: ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awa.."