Sesungguhnya Islam itu teramatlah lengkap. Tiap apa yang kita lakukan pasti ada sebab dan akibatnya yang berkait rapat dengan Islam. Apa sahaja yang tidak boleh dijawab oleh pancaindera kita pasti dapat dijelaskan oleh Islam melalui perutusan utamanya iaitu Al-Quran. Amat rugilah umat manusia yang tak mahu belajar mengenai Islam, hidup di dunia terumbang ambing bahkah di janjikan kesusahan pula di Akhirat sana. Nauzubillah, moga dijauhkan kita semua dari keadaan ini.
Salah satu kelengkapan hidup yang dijadikan Allah swt ialah kejadian Iblis dan Syaitan yang sentiasa ingin menghasut manusia ke arah kemungkaran dan lubang kemaksiatan. Kenapa ya dikatakan ini merupakan satu kelengkapan?
Selama ini para cendikiawan, para pemimpin sibuk mencari penyelesaian mengenai hal ini dengan melakukan pelbagai perkara, namun penyelesaiannya tetap buntu. Dimana salah mereka? Salahnya mereka tidak kembali kepada Islam, tiadanya kepercayaan kepada risalah Alquran. Bukankah Quran sudah berkata, Syaitanlah yang menjadi penghasut manusia kepada kesesatan, Syaitan yang berada dari kalangan Jin dan juga Manusia (Dari Surah An-Nas). Diajarkan juga bagaimana mahu menghindari Syaitan iaitu dengan Quran dan juga Sunnah. Mudah bukan.
"Kerana Syaitan dan Iblislah yang menjadi pelengkap faktor-faktor penyebab berlakunya masalah gejala sosial pada hari ini, masalah jenayah pada hari ini, masalah ekonomi dunia pada hari ini dan sebagainya."
Oleh itu, saya ingin sampaikan sedikit risalah mengenai keluarga Syaitan ini sebagai pedoman kita.Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
- Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
- Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
- A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat Dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
- Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg Ada minuman keras).
- Murrah - Merosakkan Dan melalaikan ahli Dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan Dan glamour etc
- Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan Dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
- Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) - Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera Dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
- Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk Dan solat Dan menjejaskan ibadat-ibadat Kita yg lain.
- Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Lihat, semua yang dilakukan manusia berkisar dari gudaan Syaitan. Namun, ingat!!! Syaitan yang berasal dari Jin mudah untuk kita tepis, amalkan ibadah wajib dan perbanyakkan ibadah sunat. Perbanyakkan amalan ayat Quran, Insya Allah sukar untuk kita digoda. Tetapi Syaitan dikalangan manusia ni yang sukar untuk kita sekat kemaraannya. Jadi berwaspadalah pabila bermuamalat, bermasyarakat dan bersahabat. Wallahualam ~ Haniff Izhar
2 comments:
mohon share...
Sile sile yee
Catat Ulasan