Bahagian-bahagian dalam NERAKA

Post pertama saya pada blog ini adalah mengenai bahagian-bahagian yang terdapat di dalam NERAKA. Sesungguhnya Neraka merupakan antara perkara-perkara ghaib yang wajib kita percaya. Jika nak diikutkan, bukan setakat agama ISLAM sahaja yang selalu berkata berkenaan dgn neraka, agama lain juga ada mengatakan tentang neraka seperti Kristian.



Penerangan pada post kali ini saya dapat pada satu artikel yang diambil dari Hadis Qudsi. Yang membuatkan say tertarik dgn artikel ini ialah dengan mengetahui bahagian neraka, ia dapat mendatangkan rasa gerun dan betapa teruknya keadaan di dalam NERAKA ini. Walaupun NERAKA itu besar, tapi ramai lagi penghuninya dari luasnya NERAKA itu. Berikut merupakan bahagiannya:


  • Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Kita mungkin boleh membayangkan semua ini mengikut bayangan kita. Kita boleh bayangkan, kampung spt kampung kita, bilik spt bilik kita, ular spt ular yang ada di dunia ini, namun bayangan sebenar semua ini hanya ALLAH yang tahu. Even kita tak tahu bayangan sebenar pun, bayangan yang dpt kita bayangkan pun sudah cukup gerun. Cubalaa bayangkan panjang mulut ular sahaja 70 hasta, 1 hasta tu dari siku ke hujung jari tangan org dewasa, dalam setengah meter. 70 hasta bermakna 35 meter. Kalau dah mulut je 35 meter, ada kemungkinan panjang ularnya boleh jadi 3500 meter = 3.5km.. (bandingan dgn ular sawa mulut bersaiz 10cm panjangnya 10 meter). Tp ingat, ini bayangan kita je, yang sebenar mungkin lebih besar dari ini.


So, kawan-kawan yg suka berclubbing, berfoya-foya Karok, Wayang, membazir masa melepak di shopping complex.. Yang tak menutup aurat dgn elok, yang tak brape kesah tang solat.. Yang tak penah membace quran dah.. Sanggup kene ngap dengan ULAR ini?? Kalau sanggup, takpe teruskanlah dengan rutin anda.. Kalo rase gerun, tak lambat lagi utk berubah.. Wallahualam.. ~ Anip ~

Sumber gambar : ILUVISLAM.com, rohayarazali.blogspot.com


Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net

0 comments:

Catat Ulasan