9 Jenis Anak Syaitan

Sesungguhnya Islam itu teramatlah lengkap. Tiap apa yang kita lakukan pasti ada sebab dan akibatnya yang berkait rapat dengan Islam. Apa sahaja yang tidak boleh dijawab oleh pancaindera kita pasti dapat dijelaskan oleh Islam melalui perutusan utamanya iaitu Al-Quran. Amat rugilah umat manusia yang tak mahu belajar mengenai Islam, hidup di dunia terumbang ambing bahkah di janjikan kesusahan pula di Akhirat sana. Nauzubillah, moga dijauhkan kita semua dari keadaan ini.

Salah satu kelengkapan hidup yang dijadikan Allah swt ialah kejadian Iblis dan Syaitan yang sentiasa ingin menghasut manusia ke arah kemungkaran dan lubang kemaksiatan. Kenapa ya dikatakan ini merupakan satu kelengkapan? 
 
Selama ini para cendikiawan, para pemimpin sibuk mencari penyelesaian mengenai hal ini dengan melakukan pelbagai perkara, namun penyelesaiannya tetap buntu. Dimana salah mereka? Salahnya mereka tidak kembali kepada Islam, tiadanya kepercayaan kepada risalah Alquran. Bukankah Quran sudah berkata, Syaitanlah yang menjadi penghasut manusia kepada kesesatan, Syaitan yang berada dari kalangan Jin dan juga Manusia (Dari Surah An-Nas). Diajarkan juga bagaimana mahu menghindari Syaitan iaitu dengan Quran dan juga Sunnah. Mudah bukan.

"Kerana Syaitan dan Iblislah yang menjadi pelengkap faktor-faktor penyebab berlakunya masalah gejala sosial pada hari ini, masalah jenayah pada hari ini, masalah ekonomi dunia pada hari ini dan sebagainya."