10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk dan reput Di Hari Kiamat Kelak

Gaji bekerja tak cukup? Mari cuba parttime Online Business. Bimbingan akan diberikan hanya di RahsiaJutawan.tk

Pernah kita terdengar kadang-kadang ada kisah dimana penggali kubur pernah melihat mayat yang tidak reput di dalam kubur. Sesungguhnya ada riwayat yang menyatakan tentang perkara ini di Hari Kiamat kelak. Namun, kesahihan riwayat ini, setakat ini saya tak jumpa sumber yang meyakinkan. Namun, ambillah iktibar yang baik dari kisah ini.

Diriwayatkan apabila para makhluk diBANGKITkan dari KUBUR, mereka semua berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 TAHUN umur akhirat dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Lalu bertanyalah orang kepada Rasulullah saw, "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari KIAMAT?"



Maka Rasulullah saw menjawab,

" Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan WUDUK. Bila kiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat BEKAS SUJUD yang tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki ALAM SYURGA. Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku."

Disebutkan dalam Hadith Rasulullah saw bahawa 10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati ialah:
  • Para Nabi
  • Para Ahli Jihad
  • Para Alim Ulama
  • Para Syuhada
  • Para Penghafal Al Quran
  • Imam atau Pemimpin yang Adil
  • Tukang Azan
  • Wanita yang mati kelahiran
  • Orang yang mati dibunuh / dianiaya
  • Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka dari kalangan orang yang beriman

Jadi, inilah 10 orang yang dijanjikan Allah tidak reput Mayatnya. Lihatlah, Ahli Jihad, Alim Ulama, Syuhada, Penghafal Al Quran, Pemimpin, Tukang Azan.. Semua ini dikalangan jawatan yang memperjuangkan Agama Islam kepada seluruh sekalian Alam. Jadi apakah kita menganggap Islam sekadar ibadah seperti sesetengah orang menganggap, sehingga dikatakan Islam tak boleh dicampur adukkan dengan hal lain. Bila bersukan, berpolitik, berekonomi, bersosial.. Tak perlu Islam.. Islam hanya untuk Ibadah. Inilah buktinya Allah menganjung tinggi orang yang memartabatkan ISLAM dimuka Bumi ini. Doakanlah moga kita menjadi salah seorang dari golongan ini. Mari berjuang, bangunkan Islam, sokonglah Islam, Naunglah Islam, jadikan Islam puncak walau dimana kita berada. Amin. ~ Haniff Izhar ~


View website, korang dapat bayaran. Bukan SCAM, terjamin. Syarikat telah membayar komisen sejak 2005 lagi. Clixsense.com

0 comments:

Catat Ulasan