Kisah 30 Tahun Dulu: Sebab Gadis Terlanjur

Alhamdulillah, semalam dah lepas dah hari Jumaat, penghulu sekalian hari. Hari ini, hari Sabtu 10 Julai 2010 bersamaan dengan 27 Rejab. Dimana hari ini dalam sejarah, hari Nabi Muhammad SAW telah naik ke langit untuk menerima Syariat Solat yang amat penting ini yang mana dinamakan Israk Mikraj ini.

 Rajah: Salah siapa bila anak gadis kita tidak pandai menjaga maruah diri?


Tapi saya bukan nak sentuh soal Israk Mikraj, sbb ramai dah tahu kan kisah ni. Saban tahun kita menyebutnya tiap kali datang hari ini. Cuma sempena dengan hari yang penuh dengan sejarah ni, saya nak berkongsi sedikit pandangan yang mana kita boleh amik untuk muhasabah diri kita.

Semalam tengah hari, waktu Solat Jumaat, Kutbahnya berkisarkan masalah sosial dikalangan golongan muda. Keluarlah dengan segala statistik jenayah dikalangan remaja melayu islam yang makin membimbangkan. Adalah Khatib bangkit antara faktor yang membawa kepada masalah ini. Antaranya:
  • Didikan Ibubapa yang tak betul
  • Pengaruh Rakan-Rakan
  • Environment yang tak elok
  • Hiburan TV yang tak terkawal
  • Kurangnya ilmu agama
  • Menganggap agama tidak penting langsung.
Lepas tu, lepas Magrib semalam, ada sikit tazkirah kat surau kat rumah saya ni. Saja saya join dengar tazkirah dari imam surau, Tuan Haji Musthapa. Tazkirahnya berkisarkan faktor pertama diatas. Imam ini memfokuskan kepada masalah anak luar nikah yang melampau dahsyat dah sekarang di Malaysia ni.

Kata imam, mengambil contoh Eksiden Kereta. Bila eksiden berlaku, nampaklah kereta remuk, mayat bergelimpangan di atas jalan raya. Tapi, adakah eksiden itu berlaku di situ? Jawapannya tak, eksiden tu mungkin berlaku 200 meter sebelum tempat tu.

Samalah dengan kes anak luar nikah ni. Bila si gadis ini terlanjur, mengandung, melahirkan anak. Memanglah si gadis pun salah. Tapi siapa yang paling perlu disalahkan? Jawapannya Ibubapa gadis ni, atok & nenek kepada bayi luar nikah ni. Kata imam tu lagi, kita hari ini dah banyak tinggalkan Sunnah Rasulullah. Sebab tu jadi macam ni.

Ok, kenapa saya kata Ibu Ayah yang patut lebih disalahkan? Sbb mereka telah menghasilkan benih iaitu di anak gadis yang kotor, yang tiada pegangan agama. Hal ini bukan sahaja didikan semasa anak gadis ini membesar, tetapi sejak hari pertama anak gadis ini hendak dijadikan Allah dimuka bumi ini.

Imam tu kata, walaupun Mak Ayah ni tadi menghasilkan benih yang halal, iaitu melalui perkahwinan, namun adakah caranya betul?? Adakah sewaktu kita hendak menyentuh isteri kita di malam pertama, niatnya betul? Adakah mengikut sunnah Rasulullah? Ini bukan pakai bab ni sahaja, namun semua perkara.

Tahukah kita Rasulullah mengamalkan doa pada setiap perbuatan yang dilakukan. Adanya doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa tidur, doa bangun tidur. Ini termasuklah doa untuk menyetubuhi isteri kita. Bagaimana kita mahu mengharapkan benih yang elok tika diwaktu kita menghasilkan benih itu, sedikitpun kita tak berdoa kepada Allah?

Jadi, sebenarnya masalah sosial hari ini, penyebabnya telah berlaku 20-30 tahun dahulu dimana Umat Islam dah tak ikut sunnah nabi. Kepada kawan-kawan yang dah berumah tangga, jagalah rumah tangga anda agar berlandaskan Ajaran Islam, perbanyakkan ilmu agama agar kita dapat memimpin keluarga ke arah kebenaran.

Bagaimana kita mahu memberi dakwah kepada Orang Bukan Islam andainya Umat Islam kita sendiri masih bernanah. Bagaimana kita mahu berdakwah kepada Orang Bukan Islam seperti Nabi saw berdakwah dimana Nabi pernah bersabda kepada orang kafir, "Ikutlah Caraku" sedangkan, cara kita hari ini pun langsung tidak berlandaskan sunnah Rasulullah?

Rasulullah saw bersabda kepada Kafir," Ikutlah Caraku!" Layakkah kita mengucapkan perkataan ini pada Orang Bukan Islam pada hari ini????

Tambah imam tu lagi, kita sebenarnya tak perlu berdakwah mulut ke mulut kepada orang kafir untuk menarik minat mereka. Apa yang penting umat Islam hari ini perlu menjaga 3 perkara ini. Iaitu:
  • Akhlak - Perhubungan kita dengan orang lain. Hendaknya kita mengikut cara Nabi, ini tak pantang orang lain melakukan kesalahan kepada kita, sikit sajapun. Haram nak dimaafkan, malah kita tengking-tengking mereka lagi adalah. Lebih-lebih lagi kalau mereka bukan Islam dan Melayu.
  • Muamalat - Bagaiman kita menguruskan kewangan. Kalau dah orang Islam pun berjudi, terima riba, bagaimana orang bukan Islam mahu mengikut cara kita?
  • Muhasyarat - Yang ni saya tak berapa jelas. Boleh rujuk di Kitab Agama.
Bila 3 perkara ini telah dijaga, secara automatik, urusan dakwah akan menjadi mudah bagi kita. Sebagai permulaan imam tu menyuruh kita menghidupkan satu sunnah yang begitu mudah dilaksanakan tetapi sudah lama kita tinggalkan iaitu amalan memberi salam sesama manusia. Mulakanlah dengan ini. Sesungguhnya, bila kita memberi salam yang bersalaman, dosa-dosa kecil kita akan berguguran di muka bumi bersama dengan salaman itu. Subhanallah!! Pemurahnya Allah!!

Mulakanlah disitu, beri saja salam kepada sesiapa yang kita tembung. Tak kering air liur pun kalau kita beri salam. Sempena berkat Israk Mikraj dan Ramadhan yang hampir tiba ini, buatlah satu perubahan yang besar untuk Agama Islam. 

Tak payah lah nak tiru cara hidup orang lain, tak betul pun. Tirulah cara hidup Rasulullah. Ini tak, org lain nak pergi melancong, kita pun nak pergi melancong. Org lain nak makan di restoran mahal, kita pun nak sama. Org lain ada kereta mewah, kita pun nak kereta mewah. Org lain sibuk kerja keras nak naik pangkat, kita pun sibuk kerja keras nak naik pangkat. Kalau menyumbang kepada Agama takpa, ini 100% untuk diri sendiri. Tak kemana pun kalau jadi kaya tu pun..

Akhir kata, ni saya sampaikan Doa sebelum Malam Pertama bersama Isteri yang Imam tu sampaikan. Bawak-bawak la amal doa ini. Moga menghasilkan zuriat yang baik dari kalangan Hafiz dan Hafizah.

Sebelum melepaskan pakaian dan memulakan persetubuhan, bacalah Bismillah ini:
 Apabila ingin mencampuri isteri kita, bacalah doa ini:

Wallahualam. ~Haniff Izhar

Sumber Doa: http://18onlyblog.net, http://belibuy.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan