Keranda Mayat Hitam minggu ini ingin mengupas sedikit isu yang dibicara ketika Kutbah Jumaat bertarikh 3 Ramadhan 1431H bersamaan dengan 13 Ogos 2010M bertempat di Masjid Bandar Baru Ampang. Kutbah kali ini berkisarkan dengan betapa ramainya umat Islam tetapi betapa rendahnya martabat Islam ketika ini.
Ketika ini, jumlah umat Islam di seluruh dunia berbilion-bilion bilangannya.
"Ini dapat dibuktikan dengan masjid yang terdapat di Malaysia sahaja sedah menjangkau 10000 buah masjid. Manakala surau yang terdapat di Malaysia adalah sebanyak 20000 buah surau."
Namun, apabila di tanya mengenai kedudukan Islam itu sendiri dalam masyarakat lautan manusia, Islam diletakkan di tempat yang paling rendah sekali dalam pemikiran masyarakat. Sepatutnya Islam dijadikan sebagai rujukan utama dalam hidup manusia. Islam sebagai peraturan hidup manusia. Ini lain pula jadinya.
Bagaimana kita lihat di zaman Rasulullah saw, tatkala manusia tidak mengenali Islam, Rasulullah saw berjaya membangunkan Islam dalam masa 23 tahun. Bagaimana di kala pemerintahan khalifah Abu Bakar As-Siddiq, kerajaan Rom dan Parsi berjaya ditumbangkan dan jumlah umat Islam ketika itu membiak menjadi berjuta-juta org. Bagaimana di zaman Umar dan Usman, Islam menguasai 1/3 daripada muka bumi ini.
Namun, hari ini, walaupun Umat Islam melitupi lebih 2/3 isi bumi, namun agama Islam serng kali disisihkan oleh masyarakat termasukkan di negara Majoriti Islam seperti Malaysia.
Lihat sahaja di Malaysia,bagaimana cara hidup Islam ditolak bulat-bulat oleh masyarakat baik yang bukan Islam ataupun Islam? Lihat sahaja pakaian anak muda kita bagaimana hari ini.? Lihat saja sistem kewangan yang kita guna bagaimana hari ini? Lihat saja sistem perundangan yang mana kita guna hari ini? Adakah semuanya berlandaskan ajaran Islam? Jawapannya TIDAK sama sekali.
Lalu, kenapakah keadaan ini berlaku. Disini, saya ingin menyeru seluruh rakan-rakan sekalian agar kita kembali kepada ajaran Rasulullah dan gunakan strategi yang diguna pakai Baginda sehingga Islam berjaya disebarkan ke seluruh dunia. Kisah ini di ceritakan di dalam Al-Quran di mana wahyu diturunkan di rumah Baginda sendiri ketika Baginda sedang berselimut ketakutan...
Mesej yang hendak di sampaikan adalah lebih kurang seperti berikut.
"Hai orang-orang yang berselimut, Hai anak-anak muda yang berselimut berpeluk tubuh, keluarlah, bangunlah kamu dan berdakwahlah kamu kepada masyarakat"
Sepatutnya sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa ada jihad dan semangat untuk terus memperkenalkan Islam kepada masyarakat. Tak kira apa madah yang kita gunakan, pastikan Islam dan Allah sebagai destinasi kita. Dalam apa-apa yang kita buat, ambil peluang untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat. Tak kira lah dengan risalah, ceramah, tazkirah, nasihat, emel, blog, laman sosial, di tempat kerja, di tempat belajar, bahkan di dalam rumah antara ahli keluarga.
Amat sedih sekali saya lihat apabila ada yang mempergunakan Islam untuk tujuan dunia. Golongan ini adalah golongan yang mempergunakan Islam untuk keuntungan dunia. Contohnya, Ustaz-ustaz dan penceramah motovasi yang mengenakan caj-caj yang tinggi untuk berceramah. Org-org yg ke surau atau masjid untuk mendapat bahagian tabung khairat kematian. Org-org yang ke masjid untuk mendapat jawatan dalam masyarakat. Penerbit-penerbit buku agama yang mengaut keuntungan tinggi hasil jualan buku agama ini. Sesungguhnya golongan-golongan inilah yang melemahkan Islam.
Seharusnya, perjuangan dakwah memperkembangkan Islam hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Sbb itulah Allah tidak melarang manusia untuk bekerja mencari rezki. Ini kerana sepatutnya pendapatan hasil kerja yang diusahakan bolehlah disalurkan untuk membangunkan Islam, bukannya mempergunakan Islam untuk memdapat sumber pendapatan.
Disini saya ingin mencadangkan perkara-perkara yang boleh kita buat dalam menyebarkan Islam kepada masyarakat seperti:
- Memberi sedikit tazkirah kepada rakan sekerja setiap pagi sebelum memulakan kerja.
- Membuat risalah ringkas mengenai Islam, diletakkan di surau tempat kerja contohnya seminggu sekali pada hari jumaat.
- Membuat risalah ringkas dan diberikan kepada rakan sekelas di waktu belajar.
- Menasihati rakan-rakan dan ahli keluarga jika ada yang melakukan kesalahan mengenai agama seperti tidakbersolat dan sebagainya.
- Update status laman sosial dengan nasihat dan kata-kata semangat untuk memperjuangkan Islam.
- Menonjolkan imej sebagai seorang muslim, contohnya yang lelaki memakai serban atau kopiah, yang perempuan bertudung melitupi dada. Ini dapat memudahkan saudara seislam untuk menegur kita.
- Membezakan imej diri dengan orang bukan Islam, seperti menyimpan janggut. Kerana hari ini, golongan bukan Islam lebih suka menyimpan misai dari janggut, dari kita menyimpan janggut dari menyimpan misai.
- Cuba untuk menerapkan sistem-sistem kehidupan yang diperkenalkan Islam kepada masyarakat jika kita mempunyai pangkat dalam masyarakat. Contohnya, jika kita bos kepada syarikat, perkenalkan solat 5 waktu sebagai salah satu criteria memilih pekerja. Atau wajibkan dan adakan sedikit waktu untuk pekerja berjemaah di awal waktu.
Moga-moga Islam akan menjadi semakin gemilang dan dihormati oleh masyarakat baik yang Muslim atau bukan Muslim. Tiap umat Islam di seluruh dunia memainkan peranan ini. Jika tiap Muslim memperjuangkan Islam di negara masing-masing, di syarikat masing-masing, dalam keluarga masing-masing, dalam sekolah masing-masing, dalam universiti masing-masing, dalam kerajaan masing-masing, tak mustahil Islam kembali berada di puncak dunia. ~Haniff Izhar~
0 comments:
Catat Ulasan