Semalam, aku tertarik nak kongsi dengan korang semua halnya tentang Kuthbah Jumaat yang aku dengan kat Masjid Bandar Baru Ampang ni. Tajuk Kuthbah aku tak berapa pasti sangat, namun aku nak kongsi satu hadith yang dinyatakan didalam kuthbah berkenaan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda:
بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا فطوبى للغرباء
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing, Dan ia akan kembali sepertimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang – orang yang ganjil.” (Hadis Riwayat Muslim, no 145)
Ikut kata khatib yang membaca kuthbah semalam, katanya ISLAM ni datangnya dalam keadaan yang asing lagi aneh dan akan dikembalikan kepada ALLAH juga dalam keadaan ASING dan ANEH. Persoalannya, Apa yang dimaksudkan dengan Asing & Aneh?
- Pada mula kedatangan ISLAM, ajaran yang disampaikan Islam amat berbeza dengan budaya Jahiliah Manusia dizaman berkenaan. Lalu mereka menganggap Islam amat Asing dan Aneh. Sehingga ada yang melemparkan bahawa Rasulullah sebagai Ahli Sihir kerna mengadakan sesuatu yang tiada. Bagi mereka:
- Walaupun Hamba kpd Manusia amatlah menghina taraf manusia, namun itulah yang terbaik buat mereka.
- Walaupun Arak amatlah merosakkan fikiran manusia, namun itulah yang memberi ketenangan bagi mereka
- Walaupun Zina ternyata terlalu hina seperti kebinatangan, namun itulah yang diwarisi dari nenk moyang mereka yang perlu dikekalkan.
- Dan terbukti, pada akhir zaman ini, Islam juga diAnggap aneh oleh Budaya Masyarakat Dunia di mana:
- Perkara yang diHaramkan Allah dianggap Halal oleh akal Manusia
- Orang yang memilih dalam pemakanan yang Halal dianggap Kolot
- Orang yang tidak pernah merasai seks setelah umur meningkat Remaja atau Dewasa dianggap Kuno dan Out of Date
- Orang yang berpakaian menutup aurat dianggap Pelik lagi Asing
- Orang yang memberhentikan kerja kerna untuk pergi bersolat dianggap Membuang dan Melengahkan masa.
- Dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan oleh Orang-orang Beriman dianggap terlampau Asing bagi Budaya hari ini.
- Pernahkah Kalian tidak sama-sama join kawan-kawan yang lain utk berkaraoke hingga ke waktu Malam hanya kerna kalian ingin ke Masjid utk menunaikan solat Magrib dan Isyak berjemaah dan dicemuh oleh rakan-rakan kalian menyatakan kalian tak Rock dan Anak Mak??
- Pernahkan Kalian memakai pakaian yang berbudayakan agama Islam seperti Berkopiah dan Bertudung labuh dan dikomen oleh Boss tempat kerja anda sebagai bukan Pakaian Kebiasaan dan Amatlah Asing?
- Pernahkah anda ingin berlaku jujur yang berniaga dengan tidak menerima apa-apa hadiah atau bayaran sogokan hanya kerna utk mendapat Keredhaan Allah SWT dan dikatakan menolak rezki oleh orang berkenaan??
- Pernahkah anda digoda oleh rakan sekerja atau sekuliah wanita anda yang cantik utk keluar tengok wayang bersama dan anda tolak hanya kerna teringat akan mudahnya Zina berlaku bila berduaan dan dianggap seorang yang Jual Mahal oleh wanita berkenaan???
- Pernahkah anda dipandang sinis bila anda mengenakan Kopiah dan Jubah bila berurusan ditempat rasmi seperti Bank, Post Office dan sebagainya???
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
(Al – Maidah [5] : 49)
Sesungguhnya Allah telah beritahu sejak dulu lagik bahawa Umat Manusia ni memang kebanyakannya orang-orang yang Fasik. So, jika kawan-kawan fikir dengan kawan-kawan mengikuti aliran arus perdana Dunia beerti kawan-kawan berada dilandasan yang betul. Kawan-kawan silap. Sebenarnya arus perdana dunialah itulah dikalangan orang-orang yang fasik yang cintakan dunia. Jadilah seorang yang asing lagi pelik tak kiralah dimana kalian berada.
- Jadilah Usahawan dan sentiasa menolong orang yang susah (bukannya mengutamakan keuntungan)
- Jadilah Engineer yang Muslim yang bekerja di syarikat yang membawa pembangunan kepada Umat Islam
- Jadilah Guru yang mengajar murid-murid bukan sahaja Ilmu dunia bahkan Ilmu Akhirat
- Jadilah Kerani yang sentisa menuruti arahan Majikan selagi tak bertentangan dengan ajaran Islam
- Jadilah Pekerja Biasa ditempat bekerja anda selagi perkara yang dilakukanberlandaskan ajaran Islam.
So, Pendek kata.. Jadilah Seorang yang ASING lagi PELIK... Wallahualam ~ANIP~
Rujukan Hadith dan Ayat Quran: http://sharaf-sora.blogspot.com
0 comments:
Catat Ulasan