Alhamdulillah, hari ini dah 3 Syaaban bermakna kurang dari sebulan lagi kita akan sampai kepada Bulan Ramadhan, bulan untuk Umat Islam. Kalau pergi kat pasaraya-pasaraya besar seperti Carrefour dan Tesco, akan sudah ternampaklah baju-baju persiapan untuk raya telah dipamerkan. Tak kurang juga tukang jahit dan tukang buat kuih raya semakin sibuk menerima tempahan dari pelanggan.
Namun, adakah yang masih kisah akan kedatangan Ramadhan yang kurang dari sebulan sahaja lagi. Adakah kita sudah membuat persediaan rapi untuk menyambut kedatangan bulan yang amat mulia ini? Al kisahnya, saya ingin menyentuh sedikit tentang golongan muda hari ini. Magrib tadi, sengaja saya stay up kat surau kat Taman Sri Watan ini hingga ke Isyak, bukan apa almaklumlah rumah teres, kecil, bilik pun berkongsi dua orang, adalah lebih tenang saya berehat kat surau sambil-sambil baca Quran.
Dalam saya baca Quran tu, terdengarlah imam surau Tuan Haji Mustapha yang ketika itu sedang berborak bersama dua lagi jemaah surau mengenai pelapis imam surau. Katanya pelapis kat taman ni dah susah nak dapat.
"Mana perginya orang yang berilmu beragama, yang berilmu pengetahuan? IPTA dan IPTS kat Malaysia ni berlambak-lambak, graduan yang keluar dari universiti pun bertaburan. Apakah tiada seorang pun yang boleh menjadi sekadar pemimpin untuk penduduk setempat?"
Tiba-tiba, imam menegur saya.
Imam: Assalamualaikum dik, ni pakcik nak tanya sikit. Dengar cite dah habis belajarkan? Bila Konvo? Dah konvo ya?
Saya: Waalaikumussalam ustaz. Haah, dah habis belajar dah. Belum konvo lagi, Insya Allah dalam bulan 10 nnt konvo.
Imam: Belum kerja lagi ya?
Saya: Belum lagi ustaz, saya tengah tunggu post dari syarikat yang taja saya hari tu ustaz.
Imam: Oh, yang biasiswa tu ya? Kat syarikat mana ya? Petronas ya?
Saya: Kat UEM, United Engineer Malaysia.
Imam: Nanti bila dah kerja, kat mana ya? Masih kat sini lagikan?
Saya: Insya Allah, macam tulah. Katanya 6 bulan pertama kat KL lagi. Trening. Lepas tu tak tahulah kat mana nak dihantarnya.
Imam: Ni kalau nanti sekali sekala orang aju jadi imam boleh ke? Sekali sekala saja. Bersedia tak?
Saya: (tergelak kecil) Ustaz, saya jemaah Subuh pun susah nak ikut ustaz. Susah sikit ustaz.
Imam: Oo. bukan apa, hari ni. akhir zaman ni. Macam nilah, susah betul nak dapat imam, orang yang hafiz. Takpe2, tambahkan lagi pengetahuan. Baca Quran, sunnah Rasulullah jangan sekali-kali ditinggalkan. Baca Quran tu bagus, jangan ditinggalkan. Sepatutnya Quran ni jadi amalan manusia. Nanti dah bersedia, Insya Allah boleh pimpin jemaah ya.
Saya: Insya Allah ustaz.
Begitulah lebih kurang dialog saya dengan tuan imam. Sebenarnya imam ni cakap ade loghat kelantan sikit-sikit. Saya translate sikit ke bahasa pasar. Tapi yang saya nak ketengahkan di sini. Betapa sedikitnya orang yang tahu agama pada hari ini. Nak cari imam surau pun susah. Mana perginya anak muda, imam muda yang berilmu?
Jadi, sebagai seorang Islam, saya menyeru kepada kawan-kawan lain, tak kira siapa anda, dimana anda belajar atau bekerja, graduan UIA ke, UPM ke, UTM ke, UiTM ke, mertabatkanlah Islam dalam hidup anda. Hari ini ramai yang cerdik pandai, tapi buta agama. Belajar tinggi-tinggi, tapi nak jemaah pun kamain liat lagi.
Jadi saya seru sempena menyambil berkat kedatangan Syaaban ini, marilah kita disamping menambah ilmu duniawi, ilmu kejuruteraan, ke IT an, mari kita menambah ilmu akhirat juga. Jadi, hari ini, saya sarankan kita buat perubahan kecil seperti dibawah:
- Spendkan masa antara Magrib dan Isyak untuk Allah. Tak lama pun, 1 jam sahaja. Buatlah apa-apa asalkan tak berkenaan duniawi.
- Pada waktu ini, kita boleh membaca Quran.
- Pada waktu ini, kita boleh menghafal Quran. (Sikit-sikit lama-lama jadi bukit)
- Pada waktu ini, kita boleh mendengar kuliah magrib. (Contohnya, Masjid Bandar Baru Ampang, tiap-tiap Magrib ada saja imam yang beri Kuliah, tak salah hadirinya.)
Fasiliti Masjid Di Malaysia First Class Di Dunia, Namun Adakah Penghuni Bagi Masjid-Masjid Ini? Atau Sekadar Hiasan?
- Masjid Pandah Indah
- Masjid Fatimah Alzahrah Taman Kosas
- Masjid Bandar Baru Ampang.
Baru-baru ni pun ada Karnival Masjid di beberapa masjid sekitar Selangor bergilir-gilir. Ambillah peluang menyertai aktiviti-aktiviti sebegini. Jangan kita pentingkan diri sendiri sehingga begitu asyik berbicara tentang kerjaya kita sedangkan tanggungjawab kita kepada masyarakat dan ummah langsung kita tak ambil peduli. Jadilah Umat Islam sejati, jadilah Imam kepada Ummah Kita. Wallahualam ~ Haniff Izhar
1 comments:
sangat setuju... kat kawasan umah akak.. bdk2 kecik da di latij untuk azan, gilir2 ikut waktu.. thats a good start i guess.
Catat Ulasan