Kedatangan Ramadhan Yang Amat Dinantikan

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang amat mulia ini. Keranda Mayat Hitam ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai Fadhilat Ramadhan. Sesungguhnya, perspektif antara kita mengenai Ramadhan ini berbeza-beza mengikut pengalaman masing-masing.

Ramadhan hanyalah Bulan PUASA
Ada yang hanya berpendapat kedatangan Ramadhan tidaklah bererti apa-apa makna, hanyalah menjalani ibadah puasa yang telah sekian lama kita amalkan sejak dari kita dilahirkan. Untuk golongan seperti ini, mereka tidak akan sedar akan kedatangan Ramadhan ini, dan mereka juga tidak akan sedar akan berlalunya Ramadhan ini. Dengan itu, akan tersia-sialah untuk mereka pada Ramadhan ini. Dalam hati mereka sikit pun tidak berasa berbesar hati dengan datangnya Ramadhan ini. Pada mereka, Ramadhan hanyalah sama seperti bulan-bulan lainnya cuma kita berpuasa di siang hari. Ibadah lain seperti solat fardhu tetaplah sama seperti sebelumnya yang mana kadang-kala tidak dilaksanakan.


Ramadhan punca REZKI
Ada pula yang berpendapat kedatangan Ramadhan sebagai lubuk untuk menuba rezki. Sekalian masyarakat Malaysia kita memang amat sinonimkan Ramadhan dengan bulan bershopping. Bagi peniaga, inilah masanya untuk mengaut keuntungan maksimum. Maka akan terpaparlah jualan murah, jualan hari raya dan sebagainya. Selain dari juadah berbuka puasa yang bermacam jenis, sehingga menjulingkan mata serta nafsu makan kita untuk membeli semuanya. Namun, pabila sampai waktu buka, hanya sedikit sahaja yang terjamah, serta perut yang amat kekenyangan yang akhirnya menyebabkan kita tidak dapat menunaikan ibadah seperti Tarawih dan Tadarus dengan sempurna. Golongan seperti ini tak pernah menganggap Ramadhan sebagai bulan rahmat dan bulan untuk menggandakan ibadah. Kadang kala kerna butakan harta dan keuntungan, sanggup ditinggalkan ibadah fardhu seperti Solat Magrib dan Isyak. 

Ramadhan sebagai Bulan RAHMAT
Jika kita betul-betul faham dan menghayati erti sebenar bulan Ramadhan, maka kita akan dapat lihat betapa besarnya rahmat yang Allah turunkan pada bulan ini. Oleh itu, adalah penting untuk kita mempunyai ilmu tentang Fadhilat dan Kelebihan bulan Ramadhan ini. Pegetahuan ini akan menyemarakkan semangat kita untuk terus melipat gandakan ibadah kita kepada Allah swt seterusnya istiqamah sehingga selepas berakhirnya Ramadhan nanti. 

Hadith Ramadhan Bulan RAHMAT, MAGHFIRAH, KEAMPUNAN
Antara satu Hadith yang Popular di kalangan Masyarakat kita mengenai Bulan Ramadhan adalah Hadis berikut yang berbunyi:

 أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
 Ertinya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

Namun, adakah kita tahu bahawa hadis ini sebenarnya hadis yang dhaif. Ini telah saya confemkan dengan merujuk beberapa sumber di internet yang mana menunjukkan hadis ini mempunyai periwayat yang diragui kebenarannya. Berikut merupakan sanad kepada hadis ini:
  1. Sallam bin Sawwar
  2. dari Maslamah bin Shalt
  3. dari Az-Zuhri
  4. dari Abu Salamah
  5. dari Abu Hurairah
  6. dari Nabi SAW
Yang menjadikan hadis ini bermasalah ialah perawi yang pertama dan kedua iaitu Sallam bin Sawwar dan Maslamah bin Shalt. 

Sallam bin Sawwar disebut oleh Ibnu Ady, seorang kritikus hadits, sebagai munkarul hadits. Sedangkan oleh Imam Ibnu Hibban, dikatakan bahwa haditsnya tidak bisa dijadikan hujjah (pegangan), kecuali bila ada rawi lain yang meriwayatkan haditsnya. Perkataan Ibnu Hibban ini bisa kita periksa dalam kitab Al-Majruhin.
 
Sedangkan Maslamah bin Shalt adalah seorang yang matruk, sebagaimana komentar Abu Hatim. Secara etimologis, matruk berarti ditinggalkan. Sedangkan menurut terminologi hadits, hadits matruk adalah hadits yangdalam sanadnya ada rawi yang pendusta. Dan hadits matruk adalah 'adik' dari hadits maudhu' (palsu).
Bezanya, kalau hadits maudhu' itu perawinya adalah seorang pendusta, sedangkan hadits matruk itu perawinya sehari-hari sering berdusta. Kira-kira hadits matruk itu boleh dianggap semi maudhu'.

Namun banyak lagi Hadith-hadith lain yang boleh kita ambil sebagai pedoman, antaranya ialah seperti:

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: 
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: 

"Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." 

(Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Haniff Izhar.. Wallahualam
 

0 comments:

Catat Ulasan