Penyusunan Semula Topik Blog

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telah pun berada di pertengahan bulan Zulkaedah. Ini bermakna tidak lama lagi, bulan Zulhijjah akan menyusul yang mana salah satu peristiwa besar dalam Islam berlaku iaitu Hari Raya Aidiladha. Ini juga bermakna tidak lama lagi tahun 1431h akan berakhir manakala tahun 1432h akan menyusul. 

Sehubungan dengan perkembangan semasa, dan berkembangnya pembaca blog Keranda Mayat Hitam, blog Keranda Mayat Hitam akan melakukan penyusunan semula artikel-artikel di dalam blog ini. Mulai hari ini blog Keranda Mayat Hitam hanya akan menyentuh isu-isu tertentu yang berkaitan dengan Islam yang mana dengan cara ini blog ini akan lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat dan ilmu tentang Islam itu sendiri.

Berikut merupakan bab-bab pembahagian di dalam blog ini:
  • Semasa
  • Alam Ghaib
  • Fardhu Ain
  • Akhlak
  • Quran Hadith
  • Sirah Nabi
 Semasa - Bahagian ini akan diletakkan artikel-artikel yang berkaitan isu-isu semasa yang berkait rapat dengan Islam. Ataupun isu-isu semasa yang akan di  ketengahkan dari pandangan sudut seorang Muslim.

Alam Ghaib - Bahagian ini akan menerangkan serba sedikit maklumat mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Pada hari ini, ramai umat manusia termasuklah yang Muslim sudah tidak lagi mengendahkan tentang perkara-perkara ghaib yang lebih berkisarkan kehidupan manusia selepas kematian di dunia ini.

Fardhu Ain - Bahagian ini akan menceritakan secara asas mengenai perkara Fardhu Ain dalam Islam dari semua jenis aspek. Penulis berpendapat pengetahuan masyarakat kita mengenai pengamalan cara hidup sebagai seorang mukmin amatlah cetek. Diharapkan dengan adanya ruang ini, kita dapat ketahui halal haram perbuatan kita dalam kehidupan.

Akhlak - Bahagian ini akan ketengahkan isu-isu mengenai akhlak masyarakat manusia hari ini. Ini kerana penulis melihat akhlak manusia hari ini semakin teruk, tiada laginya sopan santun dan adab susilanya lagi. Lebih-lebih lagi apabila sunnah Rasulullah dan cara hidup Islam yang sebenar telah lama ditinggalkan.

Hadith - Bahagian ini akan mengetengahkan hadith-hadith Rasulullah yang boleh dijadikan pedoman hidup kita pada hari ini.

Sirah Nabi - Bahagian ini diharapkan dapat menyegarkan kembali ingatan kita kepada Rasullullah saw dan memotivasikan lagi diri kita untuk mengamalkan cara hidup Islam yang dianjurkan oleh Islam.

Diharap dengan penyusunan semula topik-topik di dalam blog ini, akan memanfaatkan lagi pembaca-pembaca dalam menuntut ilmu dan mendekatkan lagi diri kepada Allah swt. Semoga Islam semakin gemilang di akhir-akhir zaman ini. ~ Haniff Izhar

0 comments:

Catat Ulasan