Hari ini, Kini Tahun 2010 Masihi, atau tahun Hijrahnya 1431H, merata-rata tempah umat manusia suka berbuat maksiat. Bukan hanya secara KERAHSIAN malah Maksiat secara terang-terangan juga sudah menjadi TREND masyarakat hari ini. Dari itu, saya ingin kongsikan satu kisah katanya:
"Nak Buat MaksiatBolah, Tapi Patuhi Dulu Syarat-Syarat Berikut"
Alkisahnya terdapat seorang ulama sufi bernama Abu Ishaq Ibrahim bin Adham (wafat 782 M) dulunya adalah seorang Raja Balakh yang meninggalkan istana dan kemudian menjadi seorang sufi yang sangat termasyhur. Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham untuk mengadukan sesuatu hal. Berikut merupakan perbualan mereka.
Lelaki itu: Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.
Ibrahim: Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.
(Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar dan bertanya)
Lelaki itu:Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
SYARAT PERTAMA
Ibrahim : Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.
(Mendengar itu lelaki itu mengernyitkan kening)
Lelaki itu: Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
Ibrahim: Ya! (Tegas Ibrahim bin Adham.) Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?
SYARAT KEDUA
Ibrahim: Yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! (Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.) Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?
Lelaki itu: Ya! Anda benar.(Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.)
SYARAT KETIGA
Ibrahim: Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!
Lelaki itu: (Terperanjat) Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?
Ibrahim: Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?
(Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.)
SYARAT KEEMPAT
Ibrahim: Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'.
(Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar)
Lelaki itu: Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?
Ibrahim: Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?
SYARAT KELIMA
Lelaki itu: Baiklah, apa syarat yang kelima?
Ibrahim: Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
(Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.)
Lelaki itu: Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.
(Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.) Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah. (Sambil terisak-isak)
0 comments:
Catat Ulasan