Alhamdulillah, hari ini dah 3 Syaaban bermakna kurang dari sebulan lagi kita akan sampai kepada Bulan Ramadhan, bulan untuk Umat Islam. Kalau pergi kat pasaraya-pasaraya besar seperti Carrefour dan Tesco, akan sudah ternampaklah baju-baju persiapan untuk raya telah dipamerkan. Tak kurang juga tukang jahit dan tukang buat kuih raya semakin sibuk menerima tempahan dari pelanggan.
Namun, adakah yang masih kisah akan kedatangan Ramadhan yang kurang dari sebulan sahaja lagi. Adakah kita sudah membuat persediaan rapi untuk menyambut kedatangan bulan yang amat mulia ini? Al kisahnya, saya ingin menyentuh sedikit tentang golongan muda hari ini. Magrib tadi, sengaja saya stay up kat surau kat Taman Sri Watan ini hingga ke Isyak, bukan apa almaklumlah rumah teres, kecil, bilik pun berkongsi dua orang, adalah lebih tenang saya berehat kat surau sambil-sambil baca Quran.
Dalam saya baca Quran tu, terdengarlah imam surau Tuan Haji Mustapha yang ketika itu sedang berborak bersama dua lagi jemaah surau mengenai pelapis imam surau. Katanya pelapis kat taman ni dah susah nak dapat.
"Mana perginya orang yang berilmu beragama, yang berilmu pengetahuan? IPTA dan IPTS kat Malaysia ni berlambak-lambak, graduan yang keluar dari universiti pun bertaburan. Apakah tiada seorang pun yang boleh menjadi sekadar pemimpin untuk penduduk setempat?"
Mungkinkah ada pewaris pemimpin masyarakat yang berwibawa di masa hadapan?