Bulan Ramadhan kali ini begitu bermakna buat diriku, Allah telah berikanku begitu banyak masa untuk aku mendekatkan diri kepadanya pada Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, jika tidak banyak, sedikit aku raa terkesan dengan kehadiran Ramadhan kali ini.
Hari itu, ketika Kuliyyah Subuh Special dari Ustaz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, bertambahlah lagi keinginanku untuk memdekatkan diri kepada yang Maha Pencipta dari kata-kata ustaz berkenaan. Katanya iman kita berombak-ombak, ada turun naiknya.
"Sebenarnya, apa yang kita pelajari secara general di sekolah, di universiti semuanya hanya kulit kepada ISLAM. Islam ini begitu luas. Kemudian, apabila kita mengamalkannya, timbullah rasa iman di dalam hati kita. Namun, iman ini ada turun naiknya, kejap kita rajin solat, kejap pula malas rasanya. Kejap rasa macam nak duduk kat Masjid, kalau boleh taknak balik rumah, kejap pula rasa pergi enjoy karaoke tgk wayang lagi best. Jadi, bagaimana ya mahu mengekalkan keimanan kita? Kuncinya tak lain, tak bukan, hanyalah pada TAQWA. Pupuklah Taqwa dalam diri kita, iaitu rasa takut yang amat sangat kepada Allah swt."
Tapi bagaimana ya mahu memupuk Taqwa di dalam diri? Tak bertaqwa maknanya tak takut kepada Allah swt. Contohnya, bagaimana kerajaan mahu menjadikan rakyat takut, taat dan patuh kepada kerajaan sesebuah negara? Caranya ialah dengan memperkenalkan peraturan, bila sudah ada peraturan, ada pula hukumannya jika di langgar. Namun, apa yang paling penting ialah peraturan dan hukuman ini diketahui oleh orang ramai. Itulah gunakan Kementerian Penerangannya. Pabila rakyat tahu mengenai peraturan dan hukuman ini, rakyat akan takut dan taat kepada pemerintah.
Begitu demikian juga dengan Taqwa, untuk memupuk taqwa, kita mesti mengetahui dengan mendalam mengenai Islam. Tahu pantang larangnya, tahu balasan atas setiap perbuatan, tahu kisah sejarah balasan-balasan kemurkaan Allah kepada ummat yang terdahulu. Sebab itulah, bila kita berada di dalam majlis ilmu, selalu penceramah menyebut tiap di akhir ceramah atau tazkirah, "Semoga ilmu yang baik ini di amalkan lagi diSAMPAIkan pada yang tiada di sini" Kenapa perlu di sampaikan kepada orang lain?? Kerana ia amat penting agar ilmu tentang Islam berkembang, secara tak langsung memupuk ketaqwaan dalam masyarakat. Manusia ini pelupa, jadi di sinilah pentingnya tazkirah, ceramah dan sebagainya agar dalam memperbaharui input ketaqwaan kita kepada Allah. Tak kisah laa hadith yang kita dengar dari imam itu pernah kita dengar sebelum ini, tapi mungkin kita telah lupa fadhilatnya, jadi bagus diulangkan.
Jadi disini, saya ingin menyeru kepada kawan-kawan yang tercari-cari di mana ketaqwaan itu, yang terfikir-fikir mengapa diri ini masih tetap ingin melakukan maksiat walaupun adakalanya wujud kekesalan di dalam diri, ertinya ketaqwaan masih belum bersarang didalam hati kita. Cara untuk memupuk ketaqwaan ini, selalulah mendengar ceramah dan tazkirah.
"Selalulah membaca tafsir Quran kerana di dalam terdapat beribu-ribu peringatan kepada manusia tentang Akhirat. Kalau tak percaya, berilah ruang pada diri, contohnya dalam masa sebulan saya akan memenuhi semua tazkirah Magrib di masjid ini, berilah peluang sebulan pada diri anda untuk mengenali taqwa.. "
Dan lihatlah, selepas itu, anda sendiri akan berasa tak patut ditinggalkan tazkirah seperti itu, kerna ialah yang memberi pegangan kepada anda. Lihatlah selepas itu anda akan mula rajin berjemaah ke masjid dan sebagainya.. ~ Haniff Izhar
0 comments:
Catat Ulasan