Salam sidang pembaca Keranda Mayat Hitam sekalian.
Seperti yang saya janjikan, Keranda Mayat Hitam akan menyediakan madah yang informatif lagi dapat menambah pengetahuan kita semua yang akan saya sampaikan dengan cara lebih santai dan bersesuaian dengan keadaan kehidupan kita di Malaysia.
RUKUN ISLAM, tentu kita biasa dengar sejak dari zaman persekolahan lagi. Namun, adakah kita mengambil endah? Tahukah kita Rukun Islam merupakan salah satu perkara dalam Fardhu Ain? Persoalannya pula apakah Fardhu Ain itu?
Yaa, sesetengah orang memang terlalu dekat dengan perkara-perkara sebegini, tetapi hakikatnya ramai lagi umat Islam dan Kafir di luar sana masih tidak mengetahui apakah geranganya semua perkara ini.
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardu lima waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadan
- Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Yaa, ramai rakyat Malaysia mungkin menghafal 5 perkara ini. Namun, apa yang dirisaukan telah wujud generasi baru hari ini yang 5 perkara inipun tidak dapat mereka hafal. Apatah lagi ingin menunaikannya. Tak percaya? Cuba saja pergi ke pusat membeli belah, tanya saja pada anak remaja yang sedang berpeleseran di sana, adakah mereka tahu?? Pasti majoriti dari mereka tak hafal pun Rukum Islam ini.
Ini satu hal, bagaimana pula dengan kaum Kafir? Adakah mereka tidak berhak mengetahui perkara2 ini? sepatutnya kita sebagai Umat Islam, perlu selalu menerangkan perkara-perkara ini kepada rakan sejawat yang Kafir. Mungkin sekadar pengisian dalam borak-borak kosong secara santai. Ini mungkin akan dapat memberi lebih pemahaman kepada mereka dalam hidup bermasyarakat bersama Umat Islam. Selain itu, mungkin dapat membuka hati mereka untuk lebih mengenali Islam!!! Ok, mari kita kupas satu per satu unsur dalam Rukun Islam. Walaupun ramai sudah mengetahuinya, namun mungkin ramai lagi diluar sana yang masih tidak tahu.
Mengucap Dua Kalimah Shahadah
Menyucap dua kalimah shahadah iaitu:
Pada asasnya kalimah inilah yang menjanjikan samada seseorang itu berjaya di hari selepas kematian dunia ataupun tidak
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Ali ‘Imran : 18)
Solat
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. "
(Surah An-Nisaa’: 103)
Waktu Solat telah ditentukan masanya
- Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
- Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
- Solat Asar (Waktu petang)
- Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
- Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)
Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib.Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Ianya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum" bermaksud salam sejahtera bagimu.
Puasa
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. "(Surah Al-Baqarah: 183)
Suatu ketika ada seorang rakan kafir bertanya, "Kenapa ya Umat Islam berpuasa?"
Bila dikatakan kerana ini perintah Tuhan, dibalasnya pula, "Ada tak sebab2 lain yang konkrit selain mengikuti perintah??"
Lalu diterangkan dengan pertanyaan pula kepadanya, "Oklah, Kenapa ya manusia hari ini suka bersenam?"
Lalu si Kafir menjawab, " Sebab dengan bersenam badan boleh menjadi sihat"
Ditanya kpd si Kafir lagi, "Betulkah kerana kita bersenam, badan boleh menjadi sihat? Ada tak hubungan yang kuat antara bersenam dengan badan yang sihat? "
Si kafir kemudian terdiam. "Begitulah juga dengan berpuasa, memang kita sukar utk nampak kelebihan orang yang berpuasa, namun percayalah Tuhan lebih mengetahui segala kelebihannya."
Banyak kajian saintifik manusia sekalipun telah menemui banyak kebaikan dari berpuasa, para kaunseling dan motivasi juga berpendapat yang sama dari sudut intelektual juga:
- Puasa dalam merehatkan sistem penghadaman dalam badan kita
- Puasa dapat mengajar sistem dalam badan kita supaya imun walaupun didalam keadaan kekurangan makanan
- Puasa memberi keseimbangan kembali kepada peredaran sistem di dalam badan kita
- Dari sudut intelektual, puasa mengajar kita untuk bersabar
- Puasa mengajar kita untuk lebih tabah dalam menghadapi kesusahan
- Puasa memberi kita gambaran bagaimana kehidupan orang2 yang susah
Zakat
Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "
(Surah At-Taubah : 103)
Haji
Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. "
(Surah Ali ‘Imran : 97)
Sumber: Wikipedia
0 comments:
Catat Ulasan