Salam sidang pembaca Keranda Mayat Hitam sekalian.
Seperti yang saya janjikan, Keranda Mayat Hitam akan menyediakan madah yang informatif lagi dapat menambah pengetahuan kita semua yang akan saya sampaikan dengan cara lebih santai dan bersesuaian dengan keadaan kehidupan kita di Malaysia.
RUKUN ISLAM, tentu kita biasa dengar sejak dari zaman persekolahan lagi. Namun, adakah kita mengambil endah? Tahukah kita Rukun Islam merupakan salah satu perkara dalam Fardhu Ain? Persoalannya pula apakah Fardhu Ain itu?
Yaa, sesetengah orang memang terlalu dekat dengan perkara-perkara sebegini, tetapi hakikatnya ramai lagi umat Islam dan Kafir di luar sana masih tidak mengetahui apakah geranganya semua perkara ini.
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
- Mengucap dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardu lima waktu
- Berpuasa pada bulan Ramadan
- Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
- Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu