Dalam kehidupan dunia yang semakin lama semakin sibuk, semakin singkat dan semakin sedikit ini, pada dunia hari ini bukan sahaja golongan Kafir yang tergila-gilakan kesenangan dunia yang AMAT sementara ini. Bahkan golongan manusia yang mengaku Muslim juga terpedaya dengan perkara ini.
Dizaman era teknologi maklumat yg mana informasi boleh sampai kepada kita dalam sekelip mata, ramai golongan Muslim sendiri telah terpedaya dengan dakyah ilmu yg kononnya tanggapan ramai yang mana kita hanya hidup 60 tahun.
"Kita hanya hidup 60 tahun, oleh itu nikmatilah kehidupan ini sepuas-puasnya!!"
Tanggapan ini amatlah salah!!! Siapa yg kata kita hidup 60 tahun sahaja?? Hanya orang yang tiada pegangan yang tidak mengetahui kehidupan selepas kematian sahaja yang akan mengatakan sebegini (iaitu org yg tiada kepercayaan agama @ yg mana kepercayaan agamanya tiada maklumat mengenai kehidupan selepas kematian)
Perasankah kita bahwa 60 tahun itu amatlah singkat jika dibandingkan apa yg akan kita lalui selepas 60tahun ini???? Tak perasan?? Kenapa tak perasan?? Kerana kita sendiri hidup dikalangan Umat Manusia hari ini yg rata-ratanya langsung tak endahkan hal ini. Kita pun ikut sama mcm mereka.