Zinnirah ~ Muslimat Sejati

Terasa syahdu dengarnya bila ketika keseorangan di dinihari, terdengar dari corong speaker laptop sebuah nasyid dendangan kumpulan UNIC mengenai seorang muslimah sejati dalam sejarah awal penyebaran Islam iaitu Zinniroh. Berikut merupakan bait-bait lirik nasyid tersebut:


Hadirmu bersama kuntum senyuman 
Walau dirimu hamba tawanan 
Kau jadi impian firdausi 
Kau jadi pingitan hiasan duniawi 
Walau tak pernah melihatmu 
Zinnirah

Matamu jadi taruhan 
Gantian lara nilaian iman 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan derita ini 
Terlindung sudah indahnya maya 
Mata hatimu tetap menyala 

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

Bersempena dengan kedatangan Muharram 1433 ini, ingin saya kongsikan sedikit maklumat. Moga-moga kita semua mendapat manfaat darinya. Artikel ini dicopy bulan-bulan dari sumber asal. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh sebab doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

"Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa."

Hukum Menziarahi Kubur dan Adab-Adabnya

Sejak akhir-akhir ini ramai pula saya terdengar insan-insan yang meninggal dunia tak kiralah dikalangan sahabat ke, kaum keluarganya ke, atau kenalan jauh. Namun, ini membuatkan saya muhasabah diri seketika dan  mengingatkan saya bahawa betapa sementaranya kita hidup didunia ini. Thah esok thah lusa, kita pula akan menyusul.

Hal ini membuatkan saya teringatkan kepada perkara seperti menziarahi kawasan perkuburan.

Apakah sebenarnya hukum menziarahi kubur? 
Adakah dibolehkan kita untuk menziarahi kubur?

Budaya Menziarahi Kubur

Dalam masyarakat Melayu Malaysia ini, menziarahi kubur ni dah menjadi kebiasaan terutamanya pada waktu perayaan Aidilfitri dan Aidiladha disamping sepanjang bulan Ramadhan. Perbuatan menziarahi kubur adalah tidak dilarang namun apa yang ditakuti adalah niat kenapa kita menziarahi kubur samada kubur saudara mara atau kubur orang lain.

Antara tujuan mengapa menziarahi kubur adalah disunatkan ialah kerana:
  • Supaya dikasihi oleh Allah swt,dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Saw 
  • Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari tanah dan kembali semula kepada tanah
  • Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka.
  • Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran.
  • Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid. 
  • Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia 
  • Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.

Hai Bidadari Oh Bidadari.....

Kalau post sebelum ini kebanyakkan post-post saya mengenai ancaman Allah di AKhirat sana nanti kepada insan yang ingkar dari ajaranNya, kali ini saya ingin membawakan kisah motivasi kepada insan-insan yang patuh kepada ajaran Allah swt.


Bidadari... Bidadari... Bulu Matanya Bagaikan Bulan Sabit

Begitulah digambarkan kecantikan bidadari janjian Allah di syurga nanti. Namun, sebenarnya kecantian sebenar bidadari tidaklah boleh tergambar oleh fikiran akal manusia. Segala umpamaan yang diberikan hanyalah umpamaan yang menunjukkan betapa cantik dan indahnya bidadari itu berbanding apa yang ada diatas duniawi ini.

Salah satu sifat bidadari ialah Iinun yang bererti lebar matanya dan sangat indah mempersona. Bulu matanya bagaikan sayap burung yang sedang terbang.

Ada riwayat (riwayat mana tak pula dinyatakan buku yang saya baca ni) menyebut bahawa bidadari adalah seorang  
Gadis yang mekar-mekarnya,  
benar-benar menawan,  
cantik keanggunannya,  
dengan kening bagaikan bulan baru muncul
mata bagaikan kijang atau sapi muda liar,  
bulu mata bagaikan sabit di bulan Sya'ban
pipi bagaikan buah delima merah,  
bibir bagaikan batu permata merah
gigi bagaikan jajaran mutiara di dalam karang
leher bagaikan kuih untuk sang raja,  
dada bagaikan sebuah air mancur, 
payudara bagaikan buah delima besar yang menyerupai seekor kelinci dengan kuping terangkat.

Pertama kali pabila melihat bidadari pasti orang akan kehilangan akal dan fikirannya, sehingga dia boleh terjatuh dan pengsan seraya berseru,
"Tak pernah dalam hidupku kusaksikan hari yang lebih mulia daripada hari ini!"